Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Perkhidmatan Ambulans Tidak Pasang...

LONDON - Penduduk membantah tindakan London Ambulance Service yang memutuskan untuk tidak bunyi...

Perlu Siasat Jika Ada...

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta menyiasat sekiranya terdapat sebarang...

Pemergian Ismail Kamus Kehilangan...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan pemergian pendakwah terkenal,...

Polis Cari Dua Remaja...

LABUAN - Polis sedang menjejaki dua daripada empat remaja yang didakwa mempunyai kaitan...

Zul Ariffin Dedah Cerita Pernah Diajak Berselfie Dalam Tandas

SEBELUM ini pernah terdengar cerita mengatakan aktor kacak Zul Ariffin semakin sombong dan kekwat gara-gara  enggan melayani permintaan peminat untuk bergambar dengan dirinya.

Menurut Zul, dia bukan tidak boleh bergambar dengan peminatnya, tetapi biarlah permintaan untuk bergambar itu mengikut keadaan yang bersesuaian dengan dirinya.

Ini tak, ada suatu ketika waktu dia nak ke tandas pun peminat sempat nak ambil gambar selfie tu!

“Saya sedar ada segelintir peminat yang jenis tak sabar-sabar. Kalau sabar, tunggu saya bersedia dulu apa masalahnya, sekejap saja pun.

“Nak berselfie pun kenalah tempat dan masanya juga. Ada yang minta nak berselfie semasa saya sedang membuang air kecil? Nak selfie apa dalam tandas? Itu nak selfie atau nak rakam gambar apa?” katanya, memetik laporan Sinar Harian.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai insidennya memarahi peminat gara-gara mahu bergambar di lapangan terbang baru-baru ini, Zul menyatakan, “Saya tak marah dia (peminat), saya cuma bercakap dalam nada tegas kerana ketika itu adalah waktu saya bersama dengan keluarga.

Peminat Kesal Zul Ariffin Sombong Tak Layan Peminat

“Saya faham dia mahu bergambar dengan saya, jadi saya cuma memintanya untuk bersabar sebentar.

“Tambahan pula ketika itu, saya mahu menyimpan beg kepunyaan ibu sebelum kembali bergambar dengan peminat terbabit,” ulasnya.


Susah juga jadi selebriti popular ni ya, kat mana-mana ada je peminat yang nak bergambar.

Dalam hal ini peminat pun perlulah memahami kehidupan artis itu, kalau masa dia tengah meluangkan masa bersama keluarga, faham-faham sendirilah.

Dia pun perlukan privasi, tapi orang kata, kalau dah jadi public figure tu, secara tak langsung memang itulah harga yang perlu dibayar oleh golongan popular ini.

Bak kata orang kalau takut dilanda ombak, kenapa berumah di tepi pantai.. tak gitu?

– MYNEWSHUB.CC

Zul Ariffin Perjelas Isu Gambar Berpeluk Dengan Gadis Seksi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori