SETELAH kantoi ekoran bekas staf PetroSaudi, Xavier Andre Justo dicekup polis Thailand pada 22 Jun lalu yang mendedahkan suspek sumber berita palsu, portal propembangkang di Malaysia nampaknya masih belum serik.
Sudah terang lagi bersuluh selama ini portal terbabit rupa-rupanya mengubah konon dokumen rahsia mengenai isu 1MDB hasil siasatan firma IT antarabangsa, PGI; mereka tetap cari akal bagi memfitnah kepimpinan negara.
Terbaharu, portal Sarawak Report yang sejak sekian lama bersumberkan Justo untuk memburuk-burukkan pemimpin Malaysia, membuat cerita baharu kononnya pembunuhan pengasas Ambank disebabkan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Laman berpusat di London itu menyiarkan wawancara Pascal Najadi, anak lelaki tunggal Hussain Najadi yang dibunuh pada 2013 kononnya bapanya ditembak mati kerana mahu mendedahkan kes penyelewengan tertentu.
Cerita ini memang sensasi namun, bolehkah kita percaya bulat-bulat dakwaan Pascal, yang dilahirkan di Switzerland dengan memegang dwikerakyatan British-Swiss tetapi amat jarang langsung menetap di Malaysia.
Kononnya Pascal yang diwawancara portal itu di Moscow, Rusia mendakwa, Hussain sempat bertemu anaknya itu empat hari sebelum dibunuh dan dia bercerita konon pernah ditawarkan sebidang tanah di KLCC milik Petronas.
Ia sebagai pertukaran habuan rasuah kononnya bagi menutup rahsia kepimpinan negara ada beberapa akaun peribadi dengan Ambank yang disalurkan secara sulit daripada beberapa syarikat menggunakan dana 1MDB.
Meskipun pembunuh Hussain berjaya ditangkap dan dihukum, Pascal membuat tohmahan fitnah ke atas pasukan PDRM apabila mendakwa kononnya suspek sebenar diketahui pihak polis namun dibiarkan ‘lari’ ke Australia.
Begitulah jahatnya polis Malaysia dan Pascal dalam wawancara Sarawak Report itu menggambarkan seolah-olah negara kita diperintah kerajaan mafia iaitu bunuh orang tidak disukai untuk menyorok jenayah pihak si penjahat.
Pascal tanpa rasa berdosa dan langsung tiada semangat patriotik memburuk-burukkan Malaysia kononnya kes penyelewengan pemimpin negara kita telah menjadi bahan perbualan pihak perbankan dan pelabur seluruh dunia.
PGI: Laporan Sarawak Report Tak Boleh Dipercayai Sama Sekali
Anehnya jika benar Pascal ikhlas lagi jujur mahu ‘menyelamatkan’ Malaysia daripada dibelenggu masalah korup, sepatutnya beliau tampil membuat laporan rasmi kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Ironi sejak bapanya dibunuh, tiada laporan direkodkan walhal agensi antikorupsi tempatan itu bukan calang-calang dan diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai antara terbaik di dunia selain Singapura dan Hong Kong.
Secara tersirat, pendedahan Pascal agak aneh dan seperti cuba mengambil kesempatan ketika akhbar Wall Street Journal melaporkan kononnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerima dana rahsia 1MDB.
Laporan itu kemudian disusuli Sarawak Report kononnya Najib ada lebih sedozen akaun peribadi dengan Ambank walhal nombor-nombor pada akaun itu juga langsung salah malah nama pemiliknya pun jelas dieja silap.
Mentang-mentang Ambank diasaskan oleh bapanya ada 1975, maka Pascal cuba eksplotasi isu itu pada masa ini bagi menggambarkan dirinya adalah pewaris tunggalĆāĆĀ sebenar kepadaĆāĆĀ harta pusaka Hussain bernilai RM1.8 juta.
Baca: Alkisah Akhbar Pro-Zionis Cuba Berlagak Hero
Malangnya, kisah sebenar tidak diceritakan bagaimana beliau tergamak perguna mahkamah tinggi syariah di Malaysia bagi menyaman isteri bapanya, Cheong Mei Kuen sebanyak RM30,000 bagi merebut harta berkenaan.
Sekadar rekod, pembunuhan Hussain seperti ditegaskan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sendiri tiada kaitan dengan isu 1MDB sebaliknya lebih kepada pertikaian kemelut penjualan tanah kuil di Bukit Ceylon.
Jika Pascal mahu mengatakan bapanya tahu ada pemimpin negara memiliki akaun di Ambank, dakwaan itu agak pelik kerana Hussain sudah tidak terlibat dengan pengurusan bank tersebut lebih 30 tahun sebelum dibunuh.
Malah, mangsa sebenarnya habis jual semua saham Ambank sejak 1983 apabila bank itu diketuai tokoh ternama, Tan Sri Azman Hashim; dan Hussain kebetulan mahu bantu menubuhkan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada tahun itu.
Ini disahkan sendiri peguam terkenal, Tan Sri Muhamad Shafee Abdullah yang juga rakan baik Hussain ketika ditemui ramai pemberita apabila menziarahi allahyarham di hospital sejurus kes pembunuhan tersebut berlaku.
KPN: Kematian Pengasas Ambank Tiada Kaitan Dengan 1MDB
PDRM bahkan mengesahkan tiada laporan polis dibuat Hussain, yang dilahirkan di Bahrain; sebelum ditembak mati pada 29 Julai 2013 dalam usia 75 tahun manakala isterinya, Mei Kuen, 49 tahun; pula cedera parah.
Justeru, pendedahan Pascal, 46 tahun; kononnya pembunuhan bapanya disebabkan isu 1MDB bukan sahaja tidak logik dan diragui malah, seperti drama Tamil gred C, atau dalam bahasa mudah: cerita karut entah apa-apa.
Apakah niat sebenar Pascal cuba tonjol diri konon mahu berlagak macam jadi wira walhal ia jelas menunjukkan kebodohan dirinya sendiri apatah lagi bersekongkol dengan Sarawak Report yang akhir-akhir ini tiada integriti.
Mungkin beliau cuma bersandarkan status dirinya sebagai ahli perbankan hebat di ibu kota Rusia bebas untuk membuat dakwaan tanpa bukti, tetapi cubalah bersikap rasional sejajar dengan imej korporat gah di luar negara.
Apa yang pasti, jika Pascal masih berprasangka dengan sistem perundangan Malaysia namun andai kata tohmahan itu silap, imej beliau selepas ini akan jatuh teruk dan dianggap sama seperti sampah sarap. – Mynewshub.cc