Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Sesi Parlimen Penggal Dua...

Kuala Lumpur : Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Parlimen Ke-15 Dewan Rakyat yang dijadualkan...

Proses Keluarkan Mayat Insiden...

KUALA LUMPUR - Proses mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit dalam insiden di tapak...

Lelaki Di China Maut...

BEIJING - Ketika pandemik koronavirus di China semakin pulih, seorang lelaki meninggal dunia...

Rokok Naik Harga

KUALA LUMPUR - Harga jualan runcit beberapa jenama rokok meningkat di pasaran susulan...

11,457 Pencarum Perkeso Kembali Bekerja Di Bawah Program ‘Return To Work’

MELAKA – Sebanyak 11,457 individu yang terbabit dalam kemalangan dan hilang upaya kekal dapat kembali bekerja menerusi program ‘Return To Work’ sejak ia dilancarkan pada 2007 hingga Jun tahun ini, kata Menteri Sumber Manusia Richard Riot Jaem.

Beliau berkata, jumlah itu merupakan antara 15,447 pencarum Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) yang mendapatkan rawatan pemulihan di pusat rawatan Perkeso termasuk di hospital kerajaan dan swasta di seluruh negara menerusi program berkenaan.

Katanya dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, seramai 823 individu kembali ke alam pekerjaan, mencari pekerjaan (138), peringkat pemulihan (555) dan masih menjalankan rawatan perubatan (302).

“Daripada jumlah itu, kira-kira 74 peratus daripada mereka bekerja semula dengan majikan yang sama dan jumlah ini menunjukkan pencapaian yang amat baik melalui pelbagai usaha yang dilaksanakan kerajaan,” katanya kepda pemberita selepas lawatan ke Pusat Rehabilitasi di Ayer Keroh di sini, Khamis.

Turut hadir Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Ismail Abd Muttalib dan Ketua Pegawai Eksekutif Perkeso Datuk Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed.


Riot juga berkata pembukaan Pusat Rehabilitasi di Ayer Keroh pada 1 Okt tahun lepas merupakan yang pertama di Asia Tenggara dan merupakan usaha kerajaan untuk membela nasib dan membantu pencarum Perkeso yang mengalami kecederaan atau hilang upaya kekal mendapatkan rawatan pemulihan.

Beliau berkata objektif penubuhan pusat berkenaan di tanah seluas 22.3 hektar bertujuan menyediakan perkhidmatan pemulihan yang berkualiti secara fizikal dan vokasional kepada pesakit dengan bantuan 110 tenaga kerja.

Katanya pusat ini mampu menampung 1,448 pesakit setahun selain kemudahan wad dan asrama disediakan kepada mereka yang memerlukan rawatan pemulihan secara intensif.

“Pusat ini dilengkapi pelbagai peralatan dan kemudahan canggih dan bertaraf dunia untuk memastikan mereka yang menjalani rawatan di sini dapat sembuh dan kembali bekerja,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori