Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

5 Kluster Baharu Covid-19...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia mengenal pasti lima kluster baharu di Sabah,...

HRPZ II Sambut Kelahiran...

KOTA BHARU - Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II ) menerima 12...

VIDEO: Babi Hutan Pun...

Ha, jangan ingat manusia saja yang nak selamatkan diri sewaktu bencana banjir berlaku...Haiwan...

Radiasi Menara Telekomunikasi Tidak...

PUTRAJAYA - Pembinaan menara telekomunikasi berdekatan kawasan perumahan tidak berupaya membawa risiko kesihatan...

15,000 Rakyat Bagan Datoh Sambut Zahid Hamidi

SEJAK Selasa lalu, warga negeri Perak amnya dan Bagan Datoh khasnya menjadi antara penduduk paling gembira di bumi Malaysia yang penuh bertuah ini apabila wakil rakyat mereka menjadi VVIP orang No.2 negara kita ini.

Setelah empat hari berlalu, Sabtu ini kawasan parlimen itu yang kadang kala sering dieja sebagai Bagan Datok; serta berjiran dengan bandar Teluk Intan itu sekali menjadi tumpuan ramai dan dijangka lebih meriah lagi.

Jangan salah faham tiada apa-apa pesta keramaian raksasa yang dianjurkan seperti kecoh glamor sebuah parti hari lahir untuk seorang negarawan terkenal yang diadakan taikun bilionaire di Kuala Lumpur pada minggu lalu.

Sebaliknya lebih 15,000 rakyat daripada pelbagai kaum dijangka menyambut kepulangan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi buat julung kali ke kawasan parlimennya itu pada 1 Ogos ini.

Selain akan diberikan penghormatan sebagai seorang ‘wira’, kepulangan Ahmad Zahid dalam Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan meraikan pelantikannya itu akan dimeriahkan dengan perarakan konvoi bermotosikal.

“Pada mulanya kita hanya ingin buat Jamuan Rumah Terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri, namun apabila beliau dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, kita ubah acara kepada sambutan sempena pelantikannya.

“Ini sebagai tanda penghargaan warga Bagan Datoh dan rakyat Perak kepada beliau,” kata Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bagan Datoh, Khairuddin Termizi ketika ditemui di Wisma UMNO Bagan Datoh pada Khamis.


Acara akan bermula dengan Ahmad Zahid menaiki kereta diarak de­ngan 200 motosikal kira-kira dua kilometer, bermula dari Pusat In­dustri Kancil, Simpang Empat menghala ke bangunan Wisma UMNO Bagan Datoh.

Ahmad Zahid, 62 tahun; yang juga anak jati Bagan Datoh dan memegang jawatan Menteri Dalam Negeri sejak 2013 kemudiannya akan menyertai serta bermesra dengan rakyat yang hadir dalam jamuan berkenaan.

“Seluruh rakyat Bagan Datoh menunggu dengan penuh debaran kepulangan beliau yang kini merupakan pemimpin kedua tertinggi dalam kerajaan Malaysia.

“Saya juga mewakili seluruh rak­yat Bagan Datoh mengucapkan ri­buan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak atas pelantikan tersebut yang menjadi kebanggaan kami semua,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori