Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

‘Seseorang’ Kawal Pesawat MH370...

SIASATAN awal para penyiasat Perancis yang diberi akses kepada sejumlah data penerbangan Boeing...

Belum Terlewat Ubah Keputusan...

SHAH ALAM : Kerajaan Negeri Selangor dikatakan masih belum terlewat untuk melaksanakan semula...

Faye Kusairi Nafi Sudah...

TIADA angin, tiada ribut... tiba-tiba muncul khabar angin menyatakan hubungan pelakon Faye Kusairi...

Ops Sedar JPJ Kesan...

PUTRAJAYA : Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan Ops Sedar di seluruh negara...

Terbongkar Portal Sensasi Memang Sebar Berita Palsu

ALKISAH selama ini portal propembangkang sering dijadikan rujukan utama pembaca antikerajaan kononnya media arus perdana sebagai tidak bebas, kini mungkin akan kena mandi air bunga jika tahu cerita sebenar.

Biarpun ada kala laporan mereka tidak berasas atau separuh benar, kerana sifat benci kepada pemerintah, apa sahaja disiarkan akan diterima tanpa banyak alasan walaupun berita itu adalah palsu dan direka 100%.

Terbaharu dan masih belum serik, portal terbabit yang bangga mendakwa lebih bebas pada Rabu melaporkan cerita sensasi eksklusif konon ada satu akuan bersumpah seorang bekas pegawai AmBank yang dipecat.

Pengakuan mantan staf itu konon mendakwa dipecat pada 2013 kerana mempersoalkan dan melaporkan pemindahan jutaan ringgit ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di bank itu.

Menurut portal AgendaDaily, jalan cerita akuan bersumpah itu dengan segala drama bagaimana dia kena marah ‘kow-kow‘ dan kena berhadapan dengan bos besar di AmBank sebelum dipecat memang vazz ‘meletop’ habis.

Baca: Lucu Cerita Zaman Dulu, Tapi Fitnah Kaitkan Najib!

Juga: Alkisah Akhbar Pro-Zionis Cuba Berlagak Hero

Maka tidak hairanlah portal-portal propembangkang anggap ini ‘lauk’ untuk ‘mandikan’ Najib selepas baru-baru ini Wall Street Journal buat dakwaan RM2.6 billion dipindah masuk melalui 1MDB ke akaun peribadi beliau.

Akaun itu konon di AmBank. Tunggu dulu jangan teruja cepat sangat. NGO yang menyebarkan akuan bersumpah berkenaan kepada portal-portal antikerajaan itu dikenali Citizens for Accountable Governance Malaysia (CAGM).

Kenyataan itu dikeluarkan Pengerusi CAGM, khabarnya diyakini seorang peguam tempatan bernama Md. Zainal Abidin yang pernah menawarkan RM1 juta jika ada sesiapa boleh bongkar kekayaan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Nampak gaya ada yang sudah ‘kena kencing’ hidup-hidup dalam keghairahan dan terkinja-kinja untuk siar apa sahaja berita ‘sampah sarap’ dengan niat ‘memandikan’ Perdana Menteri susulan dakwaan akaun peribadi itu.

Malangnya tidak sampai 24 jam selepas siar besar-besaran mengenai akuan bersumpah itu, akhirnya barulah dapat khabar yang boleh buat mereka yang ‘lemah jantung’ terus tersungkur… Rupa-rupanya itu berita palsu!

Baca: Protokol 12 – Cara Media Zionis Hancurkan Malaysia

Juga: Dajal Moden Yahudi Tangan Ghaib Media Barat

Apa tidaknya CAGM menerusi laman blognya memaklumkan bahawa akuan bersumpah itu sebetulnya tidak pernah wujud dan sebenarnya disebarkan cuma untuk ‘ujian sosial’ terhadap ketelusan media sosial di negara ini.


Dalam bahasa mudah maksudnya CAGM ‘saja-saja’ mahu uji tengok gelagat portal-portal propembangkang ini memainkan berita tangkap muat itu tanpa usul periksa langsung hanya untuk menghasut rakyat benci kerajaan.

Peguam yang dikatakan bernama Md. Zainal Abidin juga malah tidak wujud. Alamak nampak gaya sudah dua kali kena ‘kencing’ dan terbukti portal antikerajaan itu memang tidak beretika dan sah penyebar berita fitnah.

Kepada pengarang terhormat dari Malaysian Insider, Malaysiakini dan lain-lain portal, agak mendukacitakan untuk memberitahu ini kepada kamu: ‘Tidak wujud seorang peguam bernama Md. Zainal Abidin,” katanya.

CAGM dilaporkan AgendaDaily malah macam gembira sindir kata bagaimana ia berjaya ‘kelentong’ editor portal terbabit yang gagal periksa fakta terlebih dahulu sebelum siar sesuatu berita bersifat sensasi konon eksklusif.

“Hari ini adalah hari besar bagi kami kerana ia menunjukkan sejauh mana kita boleh pergi di Malaysia kalau kita tahu hendak ‘jual’ satu berita besar,” kata CAGM secara sinis lagi menyindir ‘kow-kow‘ portal-portal berkenaan.

Portal-portal berkenaan jenuh kena siar balik kisah betul yang telah memalukan mereka dan ada yang terus padamkan berita asal mengenai akuan bersumpah itu setelah menyedari mereka pula kena mandi dijadikan lauk.

Isu ini bukan baru, sebelum ini portal itu galak memperbesarkan dakwaan Pascal, anak pengasas AmBank, Hussin Ahmad Najadi konon pembunuhan bapanya pada 2013 ada kaitan langsung dengan isu akaun Najib di bank itu.

Kononnya Hussin ada buat laporan polis pada 28 Julai 2013; sehari sebelum dibunuh bahawa aduannya kepada Bank Negara Malaysia mengenai banyak wang masuk ke dalam akaun Najib di bank itu tidak diambil tindakan.

Pemimpn veteran DAP bertaraf otai, Lim Kit Siang pun terus ‘melompat’ seronok minta polis buka balik siasatan ke atas kes pembunuhan berprofil tinggi itu hanya kerana lihat ada peluang baik untuk menghentam kerajaan.

Baca: Satu Lagi Drama Plot Jahat Sarawak Report

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar namun segera menafikan dakwaan itu malah bertegas, ia disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan susulan itu, pihaknya sudah pun menyiasat kes tersebut.

Dalam bahasa mudah… Jawabnya selama ini CAGM sudah bikin malu sama mereka main semberono siar apa saja orang lain sogok. Inilah sebenarnya wajah portal propembangkang negara kita. – Agensi/Myewshub/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori