Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Suspek Lelaki Pernah Bekerja...

ALOR SETAR - Bapa wanita berusia 21 yang meninggal dunia dipercayai akibat didera...

Muatan Kargo Lebih Untungkan...

KUALA LUMPUR - Segmen muatan kargo akan muncul sebagai sektor yang lebih menguntungkan...

Objek Pelik Yang Buat...

APAKAH sebenarnya objek pelik yang ditemui ini? Adakah ia haiwan, tumbuhan atau lebih...

Izara Aishah Belum Bersedia...

Pelakon jelita, Izara Aishah mengakui bahawa dia kini mahu mencapai kejayaan dalam kerjayanya...

1MDB: Kabinet Sepakat Biar Proses Menentukannya

PUTRAJAYA – Kabinet mengambil pendirian bersama bahawa semua pihak perlu memberi peluang kepada proses untuk berjalan dengan sewajarnya berhubung dakwaan pemindahan dana 1MDB ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata, pada mesyuaratnya hari ini, Kabinet membincangkan isu semasa, termasuk artikel The Wall Street Journal (WSJ) tentang perkara itu.

“Perbincangan dimulakan dengan perdana menteri menyatakan beliau sedang menimbang untuk mengambil tindakan undang-undang, dan seperti yang anda semua maklum, peguam yang mewakili perdana menteri akan menghantar surat kepada The Wall Street Journal,” katanya.

Khairy berkata demikian kepada pemberita selepas upacara pelancaran program Felowship Perdana 2015 oleh Najib di Perdana Putra di sini.

Katanya, selagi pasukan petugas khas yang ditubuhkan untuk menyiasat tuduhan itu belum mengemukakan hasil siasatannya, adalah pramatang untuk membuat sebarang keputusan tentang perkara itu.

Ditanya sama ada tuduhan itu merupakan suatu konspirasi untuk menyingkirkan perdana menteri, beliau berkata “Saya tak melihatnya begitu. Saya tak boleh beri komen.”

Jumaat lepas, WSJ menyiarkan laporan yang mendakwa hampir US$700 juta (RM2.6 bilion) dana daripada syarikat pelaburan kerajaan, 1Malaysia Development Berhad, telah disalurkan ke dalam akaun bank peribadi perdana menteri.


Pada hari sama, Pejabat Perdana Menteri menafikan laporan WSJ itu dan berkata ia merupakan sabotaj politik bagi menumbangkan seorang perdana menteri yang dipilih secara demokratik.

1MDB juga menjelaskan bahawa ia tidak pernah menyalurkan dana ke dalam akaun peribadi Najib.

Pasukan petugas khas itu membekukan enam akaun bank yang mempunyai kaitan dengan kes berkenaan.

Hari ini, para pegawai pasukan petugas khas itu berkunjung ke pejabat 1MDB untuk menjalankan siasatan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori