Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

10 Kelab Myvi Rasa...

SEPULUH Kelab Myvi akan membuat laporan polis ekoran rasa teraniaya akibat terpalit dengan kes...

Maklumat Palsu Agihan BR1M...

LEMBAGA Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyelar tindakan pihak tidak bertanggung jawab yang menyebarkan...

Fahmi Pertahan Hak Media...

KUALA LUMPUR : Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, mempertahankan hak agensi media...

Penduduk Rio De Janeiro...

RIO DE JANEIRO - Perbandaran Rio de Janeiro akan menjalankan pemberian vaksin sepanjang...

1MDB: Polis Perlu Siasat Blogger Dan Truper Pro Tun M

BLOGGER Tun Faisal Ismail Aziz menerusi laman blog beliau menyarankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat blogger dan cybertrooper pro mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ini kerana mereka dipercayai mempunyai misi tersendiri yang digelar ‘Misi Untuk Menjadikan Najib Razak Penjenayah’.

Menurut Tun Faisal, terdapat plot yang telah dirancang untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan misi pertama mereka adalah dengan mengemukan tuduhan PM telah ‘menggelapkan’ wang dana 1MDB berjumlah RM42 bilion.

Selepas itu tuduhan mereka mula tidak konsisten apabila jumlah RM42 bilion berkurang kepada RM27 bilion.

Semakin berbelit, dilemparkan pula tuduhan  bahawa pelaburan USD1.83 bilion ke dalam Petrosaudi adalah satu penipuan dan sebanyak USD700 juta lesap diambil seorang ahli perniagaan bernama Jho Low, kemudian tuduhan beralih kepada kononnya wang tersebut dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib.

TERDAHULU: Fitnah 1MDB: Rahman Dahlan Sindir Kit Siang

Bukan hanya PM yang terpalit dengan tuduhan, sebaliknya isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor didakwa membawa masuk duit 1MDB berjumlah RM2 juta ke dalam akaun peribadinya.

Untuk penjelasan lebih lanjut mengapa pihak polis perlu menyiasat secara lebih menyeluruh dan terperinci blogger dan para cybertroopers yang pro Tun M ini, di bawah ini merupakan antara sebab-sebabnya.


1

2

Mereka harus dikekang daripada terus menulis sesuatu perkara dan dakwaan yang tidak diketahui kesahihannya.

Yang penting biarkan pihak berkuasa terus menjalankan tugas mereka menyiasat isu 1MDB dan jangan sesekali membuat sebarang spekulasi yang boleh menganggu gugat penyiasatan dalam isu terbabit. – MYNEWSHUB.CC

DIALOG : 1MDB – DI MANA WANGNYA?

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori