Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Belanjawan 2025: PM Tak...

Kuala Lumpur : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan tidak menerima gaji...

Bait Al-Amanah Bawa Misi...

JOHOR BAHRU - Penubuhan Bait Al-Amanah (BAA) di Johor sebagai badan pemikir untuk...

Kereta Nasional Ketiga Guna...

KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata kerajaan...

“Baguslahhh… Mampus orang BN..!!”...

KUALA LUMPUR - Penyokong Pakatan Harapan melemparkan pelbagai penghinaan dan kata-kata jijik ke...

1MDB Tidak Pernah Beri Dana Kepada PM

KUALA LUMPUR – 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menegaskan syarikat itu tidak pernah memberi dana kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Malah, 1MDB dalam satu kenyataan media menegaskan media yang membuat dakwaan itu sangat tidak bertanggungjawab dan ia sebenarnya satu cubaan untuk melemahkan syarikat itu.

“Merujuk kepada laporan-laporan media yang diterbitkan awal hari ini, 1MDB ingin menjelaskan bahawa syarikat tidak pernah memberikan sebarang dana kepada Perdana Menteri.

“Untuk mengatakan sebaliknya, seperti yang telah dilakukan oleh beberapa pihak media adalah sangat tidak bertanggungjawab dan merupakan satu percubaan yang sengaja untuk melemahkan syarikat,” kata kenyataan itu hari ini.

1MDB turut melahirkan rasa kesal kerana dakwaan pemberian dana kepada Perdana Menteri itu dibuat berdasarkan dokumen yang kewujudan dan kesahihannya belum disahkan secara terbuka.

Menurut 1MDB, semua pihak maklum dokumen-dokumen itu telah diubah dan digunakan oleh seorang individu yang kini ini ditahan di sebuah negara asing untuk memeras ugut bekas majikannya.


“Oleh itu kami terkejut bahawa dokumen-dokumen seperti ini terus digunakan sebagai asas untuk membuat dakwaan tidak berasas yang baru terhadap 1MDB,” kata kenyataan itu.

Tambah 1MDB, syarikat itu sedang bekerjasama dalam beberapa siasatan yang dijalankan pihak berkuasa termasuk Ketua Audit Negara, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara dan Bank Negara.

Kata kenyataan itu, pihak berkuasa mempunyai semua maklumat berkaitan maka 1MDB meminta semua pihak menunggu hasil siasatan sebelum membuat sebarang dakwaan dan menghakimi perkara tersebut.

Media asing, The Wall Street Journal (WSJ) mendakwa kononnya penyiasat di Malaysia mendapati hampir USD700 juta dipercayai didepositkan ke akaun Najib. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori