Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Tuah Warga Emas Dipelawa...

MINGGU lepas, Bill yang berusia 95 tahun telah menghubungi Radio Solent dan bercakap...

Lagi Kes Bogel Atas...

SEBELUM ini, tindakan tidak senonoh sekumpulan pelancong asing yang berbogel di atas Gunung...

Hanya 22% Pencarum KWSP...

PETALING JAYA - Hanya 22 peratus daripada 6.7 juta pencarum aktif Kumpulan Wang...

Tak Sokong Azmin Selangor...

KUALA LUMPUR - "Siapa saya sokong adalah hak saya." Itu kenyataan tegas Tan Sri...

2 Bas Elektrik Dijangka Beroperasi Ogos Depan Di Melaka

MELAKA – Dua bas elektrik dijangka mula beroperasi di sekitar tapak warisan dunia UNESCO di Banda Hilir di sini pada awal bulan Ogos depan, kata Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan dan Pemulihan Projek Melaka, Datuk Lim Ban Hong.

Beliau berkata bas berkenaan akan beroperasi melalui sistem ‘hop on hop off’ dengan satu kadar tiket akan ditetapkan dalam usaha membantu melicinkan perjalanan trafik di kawasan tarikan pelancong itu.

“Bas elektrik ini, pertama kali digunakan di Malaysia untuk jalan awam dan kita percaya ia dapat membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas, pencemaran udara dan bunyi.

“Buat permulaan, laluan bas ini ialah sekitar kawasan tapak warisan dunia UNESCO dan penumpang boleh menaikinya menggunakan satu tiket dalam sehari dengan harga tertentu,” katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di sini, Jumaat.

Turut hadir Pengurus Besar Panorama Melaka Sdn Bhd Mohd Saleh Jusman, syarikat yang mengendalikan operasi bas elektrik berkenaan.

Mengulas lanjut, Lim berkata dua bas berkenaan adalah antara 40 bas elektrik yang dijangka beroperasi sepenuhnya di seluruh Melaka menjelang akhir tahun hadapan.


“Kita akan menerima 38 lagi bas elektrik ini secara berperingkat mulai awal tahun hadapan dan penambahan bas berkenaan akan membantu Panorama untuk membuka lebih banyak laluan selain memastikan sistem pengangkuatan awam terutama bas berada pada tahap yang terbaik,” katanya.

Lim berkata bas elektrik berkenaan mampu bergerak dengan jarak 180 kilometer sekiranya baterinya dicas penuh yang mengambil masa 100 minit.

Beliau berkata bas tersebut dilengkapi dengan 33 tempat duduk termasuk satu untuk golongan kelainan upaya (OKU), sembilan kamera litar tertutup selain bergerak pada kelajuan maksima 76 km/j.

Katanya sebuah stesen untuk mengecas bateri bas berkenaan telah didirikan di Terminal Bas Melaka Sentral di sini dan pemantauan terhadap pengoperasian berkenaan akan dilakukan tiga bulan sekali.

Katanya, penggunaan bas elektrik keluaran Shanghai Automotive Industry Corporation dari China itu merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan negeri dengan kerjasama AMDAC Sdn Bhd untuk menambah baik sistem pengangkutan awam sedia ada di Melaka. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori