DUA beradik dipercayai mati lemas ketika khemah yang dipasang jatuh ke dalam kolam mandi di halaman rumah mereka di Houston, Texas, Amerika Syarikat, baru-baru ini.
Gonzalo Ramiro, 9, dan adiknya, Alvaro, 6, terperangkap dalam khemah yang masih lagi berzip ketika ditemui pihak penyelamat.
Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di Hospital Kanak-Kanak Texas.
Ketika insiden itu berlaku, kedua beradik itu dipantau oleh pengasuh sementara ibu bapa mereka tiada di rumah. – MYNEWSHUB.CC
Budak 11 tahun mati lemas