Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Isteri Curang, Pilih Warga...

PETALING JAYA: Seorang pengguna aplikasi TikTok menyiarkan sebuah klip rakaman video yang memaparkan...

Air Pasang: Calon SPM...

IPOH - Lima orang calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari Sekolah Menengah...

Datuk Direman 4 Hari...

PUTRAJAYA - Seorang bekas pegawai kanan sebuah syarikat swasta bergelar Datuk ditahan reman...

Ibu Bimbang Anak Berusia...

LONDON - ``Saya bimbang saya membesarkan seorang pembunuh bersiri’ itu ketakutan yang disuarakan...

2 Bot Nelayan Tempatan Bersama Awak-Awak Vietnam Ditahan

KUANTAN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan dua bot nelayan tempatan bersama dua tekong dan 33 awak-awak warga Vietnam ketika sedang melakukan aktiviti menangkap ikan di perairan Tioman pagi semalam.

Ketua Penguatkuasa Daerah Maritim 8 (DM 8), Kapten Maritim Che Engku Suhaimi Che Engku Daik berkata mereka ditahan oleh kapal peronda Maritim ketika sedang menangkap ikan antara jam 10 pagi dan 10.40 pagi di lokasi lebih kurang 15 batu nautika ke utara Pulau Tioman.

“Ketika penggeledahan dibuat, 14 daripada nelayan terbabit bertindak menyorok di dalam petak hadapan bot bagi mengelak dari dikesan.

“Kesemua 35 nelayan warga Vietnam berumur lingkungan 18 hingga 44 tahun dan bot ditahan serta diserahkan kepada pegawai penyiasat DM 8,” katanya dalam satu kenyataan di sini Jumaat.

Che Engku Suhaimi berkata kes disiasat di bawah Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985 kerana menggunakan saiz mata pukat kurang daripada 38 milimeter dan Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal menunjukkan pasport.


Dalam pada itu katanya ini merupakan tangkapan yang ketujuh dibuat pada tahun ini melibatkan bot nelayan tempatan yang menggaji warga asing terutamanya warganegara Vietnam bagi mengaut keuntungan berlipat kali ganda oleh pengusaha bot terutamanya di perairan Pulau Tioman dan Kuala Pahang.

“Kita selalu mendapat aduan daripada persatuan nelayan tempatan mengenai pencerobohan bot nelayan Vietnam di perairan negeri Pahang. Warga Vietnam ini bekerja di atas bot nelayan tempatan yang mendapat permit dari jabatan yang berkaitan dan digaji oleh pengusaha bot tempatan,” katanya.

Beliau mengalu-alukan orang ramai supaya dapat memberi kerjasama dan bersama-sama membantu dalam menangani sebarang aduan kesalahan atau jenayah di perairan negara dengan menghubungi Talian MERS 999 atau Pusat Operasi DM8 di talian 09-5717345. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori