Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

SPR Sasar 70% Keluar...

BEAUFORT - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyasarkan 70 peratus pemilih pergi mengundi pada...

Akim, Stacy Tak Tolak...

PASANGAN Akim Ahmad dan Stacy Anam yang berkahwin pada Februari lalui mengakui bahawa...

Skuad Badminton Lelaki Gagal...

INCHEON - Skuad badminton lelaki negara gagal melepasi tembok besar China apabila kalah...

Sandakan Maju Hasil Pembentukan...

SANDAKAN - Sambutan Hari Malaysia esok menjadi signifikan kepada Sandakan dari segi pembangunan...

2 Lagi Skuad Uniti Ditubuhkan Di Kelantan Tahun Ini – JPNIN

KOTA BAHARU – Dua lagi Skuad Uniti akan ditubuhkan di Kelantan tahun ini untuk memperkasa program perpaduan, kata Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Kelantan Safidah Abu Samah.

Beliau berkata Skuad Uniti yang menggabungkan beberapa anggota Kawasan Rukun Tetangga (KRT) itu akan ditubuhkan di Kota Baharu dan Pasir Puteh sebagai tambahan kepada dua skuad sedia ada iaitu di Tumpat dan Pasir Mas.

“Skuad ini adalah gabungan anggota beberapa KRT, sekarang kita dalam proses untuk kenal pasti anggota KRT yang akan menyertai skuad ini,” katanya kepada Bernama.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup sebelum ini dilaporkan berkata Skuad Uniti adalah inisiatif terbaru kerajaan bagi memperkasa program perpaduan dan integrasi nasional.

Safidah berkata latihan dan kursus khas untuk memperkasa kemahiran anggota skuad itu diberikan oleh Institut Kajian dan Latihan Integrasi Nasional (IKLIN).


Sementara itu, beliau berkata pihaknya menggalakkan orang ramai menggunakan mediator atau orang tengah yang dilatih JPNIN untuk menyelesaikan isu-isu kecil di peringkat komuniti.

“Sekarang kita ada 37 mediator di Kelantan yang menjadi orang tengah jika berlaku konflik di kawasan kejiranan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Safidah berkata pihaknya mengalakkan anggota Skuad Elit Jiran Wanita (Sejiwa) mengadakan lebih banyak aktiviti ekonomi yang membolehkan mereka menjana pendapatan.

“Kini Sejiwa telah ada di setiap daerah di negeri ini, sekarang kita bekerjasama dengan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk promosikan produk daripada Sejiwa,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori