Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

5 Artis Konsert ‘1moment4them...

KUALA LUMPUR - Lima artis tanah air bergabung tenaga secara sukarela dalam konsert...

MSN Tubuh Unit Baharu...

KUALA LUMPUR - Bagi memperluaskan skop sukan negara dan bergerak seiring dengan pembangunan...

Kaji Semula Lesen Pukat...

KUANTAN - Kerajaan negeri Pahang bekerjasama dengan agensi berkaitan bagi mengawal aktiviti nelayan...

Najib Sindir Mat Sabu...

SINIS... Datuk Seri Najib Razak persoal Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu dengan tanya sejak...

2 Singa Palestin Tiba Di Jordan

GAZA CITY – Dua anak singa yang dijadikan haiwan peliharaan di sebuah kem pelarian di Gaza tiba di Jordan lewat kelmarin sebelum dibawa ke taman hidupan liar.

Sebuah keluarga di Gaza membeli dua anak singa itu ketika masih kecil daripada zoo tempatan yang musnah dalam perang antara Israel dan Hamas, tahun lalu.

Dua singa itu yang dinamakan Mona dan Max dipelihara dalam rumah kecil mereka di Rafah.

Dua singa itu dan pengendalinya tiba di Jordan pada malam Ahad selepas bertolak dari Gaza sehari sebelumnya, kata Dr Amir Khalil dari pertubuhan kebajikan Britain, Four Paws.

Perjalanan mereka tertangguh Jumaat lalu apabila Four Paws cuba membawa singa berkenaan keluar dari Gaza melalui Erez.


Israel dan Mesir menyekat pergerakan keluar masuk dari Gaza sejak Hamas menguasai wilayah itu pada 2007.

Cogat – cabang tentera Israel yang mengendalikan pintu sempadan antara Gaza dan Israel – berkata, kumpulan itu tiba di pintu sempadan selepas ia ditutup.

Ia menyebabkan singa berusia setahun itu terperangkap di zon bebas di kawasan sempadan apabila Hamas melarang mereka masuk semula ke Gaza.

Kumpulan itu terpaksa menunggu di sebuah hotel di Gaza berhampiran sempadan sementara Mona dan Max ditambat di luar hotel sehingga pintu sempadan dibuka semula, kelmarin. – AP

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori