Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

PH Dikesan Mahu Beli...

DEDAH... Datuk Lokman Noor Adam mendakwa bahawa Pakatan Harapan (PH) akan guna taktik...

Pembayar Zakat Rasai Pengalaman...

KUALA KUBU BHARU - Bagi menghargai pembayar zakat negeri ini, Lembaga Zakat Selangor...

Shahir Muncul Bersama Erra...

PENYANYI Shahir Zawawi yang beberapa bulan hilang dari radar industri hiburan selepas tamatnya...

Saddiq Harap Dapat Guna...

MUAR – Pergerakan sayap pemuda Parti Pribumi Malaysia (PPBM) berhasrat menggunakan semula nama...

3 Kedai Sederet Musnah Dalam Kebakaran Di Beseri Pagi Ini

PADANG BESAR – Tiga kedai sederet di Jalan Semadong, Beseri dekat sini musnah dalam kebakaran pagi ini.

Menurut jurucakap bomba, kejadian berlaku kira-kira pukul 4.28 pagi membabitkan sebuah kedai runcit dan dua kedai makan yang terletak bertentangan Sekolah Menengah Kebangsaan Beseri.

Sebanyak 18 anggota bomba dari Balai Bomba Kangar dan Padang Besar bersama tiga jentera bomba dikerahkan ke tempat kejadian dan dapat mengawal kebakaran dalam masa 10 minit, kata jurucakap itu.

Beliau berkata api dapat dipadamkan sepenuhnya kira-kira 5.13 pagi dan punca kebakaran dan nilai kerugian masih dalam siasatan.


Pemilik kedai runcit terlibat, Fauziah Abdul, 42, berkata kebakaran itu menyebabkan beliau kerugian lebih RM30,000.

“Semua barang serta lesen perniagaan dan beberapa dokumen penting tidak dapat diselamatkan,” katanya yang menyewa premis tersebut sejak Mac lalu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori