SEORANG lelaki yang berusia 67 tahun ini telah menghabiskan masanya selama 30 tahun di dalam gua untuk menghasilkan karya seni yang mantap dan kreatif.
Song Chuanzong tinggal selama 3 dekad di dalam gua yang terletak satu kilometer dari Goupintanzen di daerah Yuqing.
Keluasan tempat tinggal lelaki itu adalah 60 meter persegi dan perabot yang dimilikinya hanya katil untuk tidur serta meja minum dan meja untuk dia melukis.
Chuanzong telah menamakan gua itu Qing Xuan yang bermaksud tenang dan misteri. Dia hidup secara minimalis di situ kerana merasakan ketenangan yang diperolehinya telah memberi inspirasi untuk menghasilkan karya seni agung.
Lelaki itu terkenal di beberapa bahagian di China dengan hasil kerja seninya dijual ke serata tempat di sana. – MYNEWSHUB.CC