Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

LTTE: Guan Eng Nafi...

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menafikan beliau membuat kenyataan...

Tony Fernandes Kesal Video...

Ketua pegawai eksekutif Capital A Bhd, Tony Fernandes membidas Facebook kerana membiarkan video...

Pelajar Aceh Protes, Bakar...

BANDA ACEH - Tak habis lagi dengan protes tentang isu salah cetak bendera...

Empat Lagi Suspek Kes...

GEORGETOWN - Polis menahan empat lagi lelaki bagi membantu siasatan kes seorang remaja...

31 Warga Indonesia Ditahan Dalam Ops Serkap Di Kota Tinggi

JOHOR BAHARU – Seramai 31 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia termasuk dua orang kanak-kanak ditahan dalam satu operasi di Jalan Sawi, Taman Kota Besar, dekat Kota Tinggi, Rabu petang.

Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Johor Amir Syamri Mat Ripin berkata dalam serbuan pada pukul 4 petang itu, pihaknya menahan 21 lelaki termasuk seorang kanak-kanak lelaki dan 10 perempuan termasuk seorang kanak-kanak perempuan, berusia antara enam hingga 49 tahun.

“Pihak kami menahan seramai 13 orang duduk berhimpit dalam kenderaan jenis Storm menakala 18 orang lagi berada dalam rumah transit,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini Khamis.

Amir Syamri, yang juga Ketua Operasi berkata ketika serbuan dibuat, beberapa orang daripada mereka cuba melarikan diri melalui pintu belakang rumah dan memanjat bumbung rumah untuk mengelakan diri dari ditangkap.

“Seorang bapa melarikan diri dengan memanjat bumbung rumah untuk menyelamatkan diri dengan meninggalkan isteri serta anak lelakinya yang berumur enam tahun,” kata beliau.

Amir Syamri berkata turut ditahan, penjaga rumah seorang warga Indonesia dan pihaknya turut menyita sebuah kenderaan jenis Storm, yang dipercayai digunakan untuk membawa PATI ke pesisiran pantai melalui laluan tikus ke perairan Pengerang, Kota Tinggi.


Kesemua PATI yang ditahan didapati tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah dan tinggal lebih masa.

Mereka kemudiannya dibawa ke Pejabat Imigresen Setia Tropika untuk tindakan selanjutnya.

Kes ini disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori