Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pengurusan UM Jangan Cuba...

KUALA LUMPUR - Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) mendakwa pengurusan universiti itu cuba...

‘Puan Sri’ Direman Bantu...

JOHOR BAHRU - Seorang aktivis alam sekitar bergelar 'Puan Sri' direman tiga hari...

Rakyat Patuh Seruan ‘Duduk...

KUALA LUMPUR - Jika hari pertama pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan menyaksikan tahap pematuhan...

Israel Didakwa Bunuh Anggota...

GAZA - Anggota kanan Hamas mati ditembak berhampiran kediamannya di Semenanjung Gaza, semalam...

3,532 Pekebun Kecil N.Sembilan Terima Dividen RM10.25 Juta

SEREMBAN – Sebanyak 3,532 pekebun kecil di Negeri Sembilan hari ini menerima dividen berjumlah RM10.25 juta daripada Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA).

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian dan Industri Asas Tani negeri Datuk Hasim Rusdi berkata pemberian dividen untuk tahun 2014 ini adalah meliputi Rancangan Tanam Baru Berkelompok (RTBB) sebanyak 1,959 orang dan Tanam Semula Komersil (TSK) sebanyak 1,573 orang.

“Paling rendah, bagi peserta RTBB menerima dividen sebanyak RM800 bagi setiap satu hektar dan paling tinggi menerima RM9,000 bagi 2.83 hektar,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian dividen itu di sini, hari ini. Turut hadir Pengarah RISDA negeri Mohammad Zakaria Alang Zahari.

Hasim berkata dengan adanya pembayaran dividen ini sedikit sebanyak dapat membantu pekebun kecil dalam membuat persiapan perayaan Aidilfitri yang bakal menjelang.


Katanya RISDA semakin matang dalam memperjuangkan nasib pekebun kecil di seluruh negara yang menjadi tulang belakang industri getah dan sawit di negara ini.

Pada majlis itu, Hasim turut menyampaikan sumbangan hari raya kepada 20 anak yatim terpilih dalam kalangan anak pekebun kecil dan empat orang kurang upaya (OKU). – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori