Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Beri PH Ruang, Masa...

KUALA LUMPUR - "Beri kami ruang dan masa untuk tunaikan janji," kata Timbalan...

451,865 Permohonan BPN Ditolak...

CYBERJAYA - Hampir separuh daripada 1.05 juta permohonan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang...

Koperal, Lans Koperal Direman...

MELAKA: Tiga anggota polis berpangkat koperal dan lans koperal direman tujuh hari bermula...

Rantai Anak Setahun Hingga...

POLAND – Seorang wanita yang mengalami masalah mental, telah merantai anak perempuannya yang...

4 Pelancong Warga Iran Bebas Tuduhan Edar Dadah

KUALA LUMPUR – Empat pelancong warga Iran dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi hari ini daripada pertuduhan mengedar dadah jenis Methamphetamine di Jalan Imbi, di sini, dua tahun lalu.

Hakim Datuk Mohd Azman Husin membuat keputusan tersebut selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Seyed Amir Hossein Sajadi, 24, Reza Zali Shokrollah, Saeed Babaee Ahmad Abadi Ali, masing-masing berumur 30 dan Ali Veis Karimzadeh, 37, di akhir kes pendakwaan.

Dalam keputusannya, Azman berkata pihak pendakwaan gagal membuktikan elemen niat bersama seperti mana dalam pertuduhan selain terdapat kelompangan dalam kes pendakwaan.

Katanya, kelompangan disebabkan oleh pihak pendakwaan gagal memanggil saksi utama iaitu pegawai tangkapan dan anggota lain untuk memberi keterangan.

“Oleh itu mahkamah mendapati pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie dan kesemua tertuduh dilepas dan dibebaskan tanpa dipanggil bela diri,” kata hakim itu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori