Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Penumpang Wanita Ditahan Cuba...

SEORANG penumpang wanita pesawat British Airways, penerbang dari London ke Boston, Amerika telah...

Dakwaan Ustaz Ismail Kamus...

PENGARAH Ikhtiar Syifa yang juga Exco Penerangan Persatuan Perubatan Islam Darussalam Malaysia, Abdul...

GAMBAR: Keadaan Banjir Di...

Susulan limpahan air Sungai Kelantan sejak awal pagi semalam, bandar Kota Bharu mula...

Pertemuan Kedua Trump –...

HANOI : Tiada sebarang persetujuan dicapai antara Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump...

402,333 Rumah Di Hulu Langat, KL Terjejas Bekalan Air

KUALA LUMPUR – Sebanyak 402,333 rumah di Hulu Langat dan Kuala Lumpur mengalami gangguan bekalan air bersih berikutan kerosakan pam air mentah yang berlaku di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Langat pada 5 Julai lalu.

Pengarah Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Korporat Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Priscilla Alfred berkata, kerosakan itu menyebabkan jumlah pengeluaran air terawat di LRA tersebut dikurangkan kepada 432 Juta Liter Sehari (JLH) berbanding 460 JLH.

“Pam ini mengalami kerosakkan disebabkan telah beroperasi secara berterusan dan melebihi kapasiti pengepaman untuk tempoh yang lama. Gangguan bekalan air yang berlaku ini akan mengambil masa untuk dipulihkan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Priscilla berkata, Syabas menyediakan bantuan bekalan air kecemasan melalui lori-lori tangki kepada penduduk yang terjejas.

Bagaimanapun, katanya, keutamaan bantuan air diberikan untuk kegunaan kecemasan seperti kematian dan majlis perkahwinan selain hospital, pusat dailisis dan rumah kebajikan.


Kata beliau, orang ramai mendapatkan maklumat terperinci berhubung status bekalan air di kawasan masing-masing melalui aplikasi mySYABAS yang boleh dimuat turun ke telefon pintar menggunakan Google Playstore dan Appstore.

“Dalam pada masa yang sama juga pihak Syabas akan juga terus memaklumkan status terkini dari semasa ke semasa mengikut keperluan,” katanya. – Mynewshub.cc

  • Lagi berita berkaitan:
  • air

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori