Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Ahmad Zahid Menghadap Sultan...

JOHOR BAHRU - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari...

Penerbangan Ihsan JBPM Selamatkan...

GUA MUSANG - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerbangkan seorang remaja Orang...

Maria Chin Sahkan ‘Bersih...

PENGERUSI Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah mengumumkan perhimpunan Bersih 5 bakal berlangsung pada...

Institusi Agama Harus Henti...

MENTERI Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menggesa institusi agama untuk lebih memberikan tumpuan...

750 Pengamal Media Dijangka Buat Liputan Mesyuarat ASEAN

KUALA LUMPUR – Kira-kira 750 pengamal media tempatan dan antarabangsa mewakili kira-kira 100 organisasi media dijangka membuat liputan Mesyuarat Menteri Luar ASEAN dan Pasca Persidangan Menteri Luar ASEAN(AMM/PMC) Ke-48 dijadual 1-6 Ogos di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Menurut Zaria Mohd Nasri, pegawai sekretariat media bagi acara itu, angka itu termasuk 438 wakil media asing daripada 80 organisasi.

“Selain agensi berita Malaysia, Bernama, agensi media terkemuka lain yang membuat liputan mesyuarat-mesyuarat ASEAN termasuk Associated Press, Reuters,
Agence France Press, Xinhua News Agency serta dari negara-negara anggota ASEAN,” katanya kepada Bernama.

Zaria berkata pusat media berkeluasan 4,592 meter persegi yang dilengkapi kemudahan WiFi di Dewan Tun Razak 3, PWTC mempunyai kapasiti 350 orang pada satu-satu masa.

“Kami turut menyediakan 23 ruang khusus bagi organisasi media yang telah membuat permohonan,” katanya dan menurutnya taklimat mengenai logistik media telah diadakan bagi mendapatkan maklum balas tentang kemudahan yang diperlukan di pusat itu.


Zaria berkata kawalan keselamatan adalah ketat di pusat media dan mengingatkan wakil media untuk memakai pas pada setiap masa.

Katanya untuk memudahkan wakil media, mereka sekurang-kurangnya dibenarkan membuat liputan ucapan perasmian pada semua mesyuarat itu.

Sekretariat media juga akan menempatkan petugasnya untuk mengendalikan kaunter bantuan, permohonan untuk temuramah, dokumentasi serta akreditasi di puast media untuk memastikan aliran kerja pengamal media berjalan lancar. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • ASEAN

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori