Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Gambar Ala Komunis Bukan...

KUALA LUMPUR - Gambar beberapa individu berpakaian ala komunis yang dikaitkan dengan perhimpunan...

Polis Buka 2 KEP...

IPOH - Polis membuka dua Kertas Enkuiri Polis (KEP) bagi menyiasat insiden kain...

Kerajaan Umum SOP, Garis...

KUALA LUMPUR : Kerajaan hari ini mengumumkan satu Prosedur Operasi Standard (SOP) dan...

Elak ā€˜Dipatukā€™ Ular Dua...

SUNGAI SIPUT : Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengingatkan rakyat agar...

8 Disyaki Anggota Sindiket Dadah Ditahan, Dadah RM20j Dirampas

KUALA LUMPUR – Polis menahan lapan lelaki termasuk lima warga asing serta merampas pelbagai dadah dianggarkan bernilai RM20 juta dalam dua serbuan berasingan di sekitar Lembah Klang pada Isnin dan semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata kesemua lelaki berusia antara 26 dan 41 tahun itu disyaki terlibat dalam sindiket pengedaran dadah.

Beliau berkata bertindak atas maklumat, Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) menahan seorang lelaki tempatan di kawasan Kampung Baru pada Isnin lepas.

“Hasil soal siasat terhadap suspek menjurus kepada serbuan di sebuah rumah kedai di Pandan Indah dan penahanan enam lelaki seorang warga tempatan dan lima warga asing yang sedang memproses dadah.

“Di premis itu, polis merampas dadah disyaki pil erimin 5 seberat 206.5 kg yang dibungkus di dalam kotak selain kokain seberat 1.8 kg yang dijumpai di dalam stor,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

“Pada masa sama, polis turut merampas sejumlah peralatan dan bahan kimia untuk memproses dadah,” kata Mohd Mokhtar.

Dalam serbuan itu, polis turut menyita tiga kenderaan iaitu Honda Civic 2.0, Nissan Cefiro dan motosikal Honda CBR600, semuanya dianggarkan bernilai RM176,000, dan pelbagai mata wang bernilai RM62,940.


Susulan serbuan pertama, polis menahan seorang lagi warga tempatan dalam serbuan di sebuah kondominium di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur semalam.

“Kesemua lelaki itu direman tujuh hari bermula hari ini dan disiasat di bawah Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952 untuk siasatan lanjut,” kata Mohd Mokhtar.

“Kejayaan ini hasil kerjasama orang awam dan perkongsian maklumat bersama Investigation Bureau, Ministry of Justice Taiwan,” katanya. – BERNAMA

 

https://www.youtube.com/watch?v=kpJOfVoPJhk

  • Lagi berita berkaitan:
  • polis

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori