Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Kelantan Jangka Bajet 2018...

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan hari ini membentangkan Bajet 2018 dengan anggaran defisit...

Aeril, Wawa Kena Kecam...

SIAPA tidak kenal dengan pasangan selebriti, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal ini? Apa...

Tolak Isu Peluk, Fasha-Aidil...

SETELAH sekian lama ramai yang bertanya-tanya siapakah jejaka yang berjaya memikat hati pelakon...

Tempe Indonesia Makin Laris...

WASHINGTON DC - Sebuah kedai koperasi bernama French Broad Food yang terletak di...

9 Maut, Trak Pengebom Nekad Rempuh Hotel Di Mogadishu

MOGADISHU – Seorang pengebom nekad yang menaiki sebuah trak yang sarat bahan letupan, merempuh sebuah tembok hotel menyebabkan kerosakan teruk beberapa bangunan di tengah Mogadishu dengan enam terbunuh termasuk seorang diplomat China.

Menteri Luar Somalia, Abdisalam Omer memberitahu Associated Press (AP) menerusi telefon dari Djibouti, dalam serangan itu seorang diplomat Kenya dilapor turut cedera.

Kumpulan rangkaian al-Qaeda, Al-Shabab kemudian mengakui bertanggungjawab dalam serangan itu yang turut mencederakan 20 yang lain. Hotel Jazeera yang dianggap paling selamat di ibu negara Somalia, sering menjadi tempat kunjungan dan penginapan diplomat, rakyat asing dan ketua negara.

“Ia kejadian yang amat menakutkan, meletupkan Hotel Jazeera membuatkan setiap orang kini berasa tidak lagi selamat di sini,” kata seorang pekerja hotel, Yusuf Mohammed.


Letupan itu menyebabkan sekurang-kurangnya lapan bilik hotel musnah dan saksi memberitahu sekiranya tiada tembok penghalang, kemusnahan hotel dan bangunan bersebelahan akan lebih teruk. – AP/BH ONLINE

https://www.youtube.com/watch?v=O7-0PooX7Mg

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori