MEXICO – Adakah ini gadis penyampai laporan cuaca tercantik di dunia? Yanet Garcia, 24, kini menjadi bintang antarabangsa selepas disamakan dengan Kim Kardashian. Semuanya gara-gara kecantikan dan badan yang seksi.
Penduduk di Mexico terutama golongan lelaki kini akan menunggu di depan TV bukan untuk mengetahui mengenai keadaan cuaca sebaliknya mahu melihat kemunculan Yanet.
Dalam masa hanya beberapa minggu, Yanet mempunyai beratus ribu peminat yang mengikutnya dalam Twitter, Instagram dan Facebook.
Dia mempunyai 624,000 pengikut dalam Instagram,166,000 peminat di Twitter dan mendapat 427,000 (like) dalam akaun Facebook miliknya.
Yanet, yang kini berpacaran dengan Doug Censor Martin, sering memakai pakaian ketat ketika menyampaikan laporan cuaca di Televisa Monterrey.
Selain menjadi penyampai laporan cuaca, dia juga merupakan seorang model yang pernah mengambil bahagian dalam pertandingan model kebangsaan.
Yanet turut memiliki sekolah modeling di bandar kelahirannya dan meskipun mempunyai rupa paras yang cantik, dia tidak bangga diri sebaliknya terus merendah diri.
Gadis ini juga sebenarnya terkejut kerana ramai yang meminati Instagramnya sedangkan gambar di dalam media sosial itu kebanyakannya hanya mengenai diri, keluarga dan kerjayanya.
Meskipun mendapat tawaran untuk bekerja di UK, Kanada dan Amerika Syarikat namun Yanet menyatakan keutamaannya adalah kerjayanya di stesen televisyen Televisa Monterrey. – MYNEWSHUB.CC