Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Isu KWSP Suri Rumah:...

KUANTAN - Persidangan khas akan diadakan pada minggu kedua Ogos ini bagi memperhalusi...

Pengkalan Kubor : Pengundi...

Rakyat dan pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor hari ini meminta...

Identiti Sebenar 4 Suspek...

SHAH ALAM - Identiti sebenar empat suspek lelaki yang masih bebas dalam kes...

Porsche Terperosok Bawah SUV...

GEMPAR... Seorang petugas valet di Hotel Hyatt Regency di Sydney, Australia secara tidak...

Agensi Pelancongan Diminta Masukan Perlis Dalam Pakej Pelancongan

KANGAR – Agensi pelancongan di negara ini diminta memasukkan Perlis dalam senarai pakej yang ditawarkan mereka kerana negeri itu turut mampu menawarkan destinasi menarik serta acara bertaraf antarabangsa.

Pengarah Tourism Malaysia Perlis, Razaidi Abdul Rahim berkata beberapa program menarik dan acara bertaraf antarabangsa dirancang diadakan mulai Ogos hingga Disember ini.

Katanya antara acara itu adalah Kejohanan Ragbi Antarabangsa Perlis (Ogos), Green Ride Cycling (September), Pesta Air Tradisional (Oktober) dan Duathlon Antarabangsa (Disember).

“Program ini dirancang dengan kerjasama kerajaan negeri serta agensi berkaitan,” kata Razaidi semasa pelancaran promosi makanan Perlis yang disempurnakan Raja Muda Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Semporna, Sabah malam tadi.

Promosi itu bersempena program ‘Jalinan Kasih Kerajaan Negeri Perlis di Negeri Bawah Bayu 2015’ yang diketuai Tuanku Syed Faizuddin sendiri bermula 30 Jun lepas dan berakhir hari ini.

Siaran media majlis pelancaran itu diedarkan Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis di sini, hari ini.


Razaidi berkata promosi makanan Perlis diadakan di pelbagai lokasi dalam dan luar negara hasil idea Tuanku Syed Faizuddin yang berhasrat melestarikan industri pelancongan negeri itu.

“Pengenalan destinasi pelancongan di Perlis melalui promosi makanan ini diharap membuka mata agensi pelancongan mengenai tarikan yang terdapat di negeri ini,” katanya.

Juadah citarasa Perlis yang disajikan pada promosi malam tadi antaranya gulai daging batang pinang Kuala Perlis, pajeri nenas Behor Pulau, sayur manis rebung dengan betik Tok Pulau.

Juadah lain ialah masak lemak belimbing buluh dengan udang Mata Ayer, kerabu tembikai Lubuk Sireh, sambal belacan mempelam Sungai Batu Pahat, putu sekaya bakar Jelempok dan jus harumanis Sungai Chuchoh. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori