SELEPAS memperkenalkan resipi Nasi Goreng Ahmad Maslan (NGAM), Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan menunjukkan pula skil kehebatannya memasak sajian popular murtabak dan ikan bakar.
Ahmad Maslan Bangga Foto Nasi Goreng Dikongsi Ribuan Pengguna
Mencuba sendiri membakar murtabak dan ikan bakar di sebuah bazar Ramadan, Ahmad Maslan kelihatan bersahaja memecahkan telur di atas sekeping murtabak yang dimasaknya.
Bertuah sungguh pelanggan yang dapat merasai murtabak dan ikan bakar air tangan daripada menteri kita itu..
Dalam perkongsian foto di laman Twitter, Ahmad Maslan turut menitipkan pesanan agar peniaga di bazar-bazar Ramadan terus berniaga pada bulan-bulan lain seperti mana yang dilakukan pada bulan puasa setiap tahun.
“Bazar Ramadan bukti orang Melayu boleh berniaga. Secara kecil dulu kemudian lebih maju. Teruskan pada bulan-bulan yang lain,” kicau Ahmad Maslan di laman sosial tersebut.
– MYNEWSHUB.CC
Oleh:   JULIANA JOHAR
Ahmad Maslan jawab isu nasi goreng tanpa GST