Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Nama Guan Eng Timbul...

KUALA LUMPUR - Pengarah Syarikat Consortium Zenith Beijing Urban Construction Group (CZBUCG) mengaku...

Arab Saudi Pindah Senjata...

WASHINGTON – Arab Saudi memindahkan sen­jata berat termasuk me­riam ke kawas­an sempadannya de­kat...

Debat Antara Asri, Zamihan...

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom...

Manchester City Sedia Tawar...

MANCHESTER City bersedia memanfaatkan kedudukan kontrak Lionel Messi di Barcelona dengan membuat tawaran...

Aidilfitri: AirAsia Saran Penumpang Tiba 3 Jam Lebih Awal

KUALA LUMPUR – Penumpang AirAsia dan AirAsia X pada musim perayaan Hari Raya Aidilfitri tahun ini dinasihati supaya tiba di lapangan terbang tiga jam lebih awal sebelum waktu penerbangan.

AirAsia dalam satu kenyataan media berkata, saranan tersebut bagi mengelakkan penumpang syarikat penerbangan itu mengalami kesesakan yang dijangka berlaku di lapangan-lapangan terbang.

“Tetamu (penumpang) disarankan tiba di lapangan terbang sekurang-kurangnya tiga jam sebelum waktu berlepas bagi penerbangan AirAsia dan empat jam sebelum bagi penerbangan AirAsia X dan melakukan daftar masuk sendiri sama ada melalui laman web, mudah alih atau kiosk daftar masuk.

“Daftar masuk web, mudah alih atau kiosk tersedia bermula dari 14 hari hingga 1 jam sebelum waktu berlepas bagi penerbangan AirAsia dan sehingga empat jam sebelum perlepasan bagi penerbangan AirAsia X. Tetamu juga diminta bagi siap mencetak pas masuk mereka sebelum tiba di lapangan terbang bagi memudahkan proses perjalanan,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, bagi tetamu dengan bagasi untuk di daftar masuk, kaunter bagasi tutup 60 minit sebelum waktu perlepasan bagi kesemua penerbangan AirAsia dan AirAsia X.


Kata kenyataan itu, kesesakan juga dijangka berlaku di kaunter mengimbas bagasi dan di kaunter Imigresen maka penumpang dinasihatkan melengkapkan proses daftar masuk bagasi dan terus ke pintu perlepasan seawal yang mungkin.

Tambah kenyataan itu, penumpang juga dinasihatkan supaya menempah makanan dalam pesawat mereka terlebih dahulu secara dalam talian bagi memastikan makanan terhidang semasa dalam penerbangan.

“Permintaan yang tinggi semasa dalam penerbangan boleh menyebabkan kekurangan makanan tersedia bagi pembelian semasa penerbangan.

“Pra tempah makanan boleh dilakukan sehingga 24 jam sebelum waktu perlepasan yang dijadualkan juga menerusi “Urus Tempahan Saya”,” kata kenyataan itu. - MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori