Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Mangsa Penipuan Cuba Bunuh...

SEBUAH video tular di laman sosial Wechat China memaparkan sekumpulan warga kota negara...

Pelajar Bercium Disahkan Dari...

JOHOR BAHRU - Dua pelajar yang adegan mereka sedang bercium dirakamkan, membuat pengakuan...

Suami Isteri Didakwa Tipu...

KUALA LUMPUR - Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk' mengaku tidak bersalah di Mahkamah...

FELDA Mahu Ambil Semula...

KUALA LUMPUR - Ekoran isu tanah FELDA yang sedang hangat diperkatakan, Lembaga Pengarah...

Aidilfitri Bawa Keceriaan Bagi Mangsa Banjir

KOTA BHARU – Tatkala Hari Raya hanya tinggal beberapa hari lagi bakal diraikan, suasana sambutan di rumah transit satu bilik yang didiami Mustapha Ibrahim, 73, dan beberapa keluarga yang lain jelas nampak suram.

Dengan dinding rumah diperbuat daripada papan lapis di Kampung Karangan, Kuala Krai, ia sebenarnya adalah penempatan sementara yang disediakan oleh pihak berkuasa selepas rumah dan harta benda miliknya dihanyutkan bah yang melanda Kelantan pada Disember 2014.

Beliau tidak berkemampuan untuk membina semula rumahnya dan kini menunggu pihak berkuasa membina rumah kekal baharu (RKB).

Bagaimanapun, Mustapha dan isterinya Mek Esah Awang Kechik, 75, menaruh harapan yang rumah itu dapat menceriakan juga kepulangan anak menantu dan cucu-cucunya pada hari lebaran nanti.

“Saya amat bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan kerana sanggup membina rumah ini untuk kami berteduh. Ini menceriakan kami untuk menyambut Hari Raya nanti,” katanya.

Mustapha, yang sudah lebih 40 tahun tinggal di kampung berkenaan yang berdekatan dengan Sungai Lebir, berkata sambutan hari lebaran kali ini pastinya sederhana. Beliau berharap RKB yang dijanjikan itu akan dapat disiapkan dalam kadar segera.

DIAMI RUMAH KEKAL BAHARU

Bagaimanapun, 30 kilometer dari tempat Mustapha, lain pula ceritanya bagi Che Fatimah Che Lah, 29, yang turut kehilangan rumah dan hartabenda dalam kejadian banjir besar itu.

Bukan seperti Mustapha yang jelas kecewa, Hari Raya bagi Che Fatimah dan keluarganya adalah begitu bermakna kerana dapat beraya di rumah baharu.

“Saya amat bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan persekutuan kerana menyediakan rumah yang selesa untuk kami sekeluarga,” katanya yang tinggal lima sekeluarga.

RKB itu dilengkapi dengan tiga bilik tidur, dua bilik air, dapur dan ruang tamu.

Namun Che Fatimah memerlukan banyak wang bagi menceria dan menghiasi rumah itu dengan perabot dan peralatan elektrik, yang habis rosak akibat banjir luar biasa itu.

Kesan kemusnahan akibat banjir limpahan Sungai Lebir, Sungai Nenggiri dan Sungai Kelantan masih dapat dilihat di beberapa penempatan penduduk di jajahan Gua Musang, Kuala Krai dan Tanah Merah meskipun sudah hampir tujuh bulan bencana itu berlalu.

Di Kampung Karangan dan Manek Urai Lama di Kuala Krai, masih kelihatan ‘bangkai’ rumah yang musnah akibat banjir manakala persekitarannya seolah-olah ‘usang’ selepas penduduk berpindah ke rumah transit.

USAHA BAGI MENYIAPKAN RUMAH


Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan Negeri Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata sehingga 2 Julai lepas, jumlah rumah kekal baharu yang sudah siap dibina adalah 220 buah rumah yang dibina kerajaan negeri, persekutuan dan NGO.

“Terdapat 822 rumah yang masih di peringkat pra pembinaan manakala 560 rumah sedang dalam pembinaan dan 80 rumah lagi dijangka siap sepenuhnya sebelum Aidilfitri,” katanya dalam satu taklimat kepada media di sini baru-baru ini.

Beliau berkata jumlah mangsa banjir yang masih tinggal di khemah ialah 55 keluarga iaitu 35 keluarga di kampung Baru Pahi dan lapan keluarga di Kuala Stong, Kemubu, Kuala Krai dan 12 keluarga di Bandar Utama Gua Musang.

Sikap enggan berpindah ke rumah transit menyebabkan mereka ini tinggal di khemah namun kerajaan negeri dan persekutuan telah menyatakan komitmen untuk memindahkan kesemua keluarga terbabit ke rumah transit atau Kem Latihan Khidmat Negara (PLKN) sebelum Aidilfitri ini, katanya.

TERUS HULUR SUMBANGAN

Anggota Dewan Undangan Negeri Dabong Datuk Ramzi Abdul Rahman menolak dakwaan pihak tertentu kononnya kerajaan persekutuan ‘lembap’ dalam menyediakan rumah kepada mangsa banjir.

Beliau menjelaskan bahawa kerajaan persekutuan sedang berusaha untuk menyiapkan pembinaan RKB baharu bagi kesemua 1,827 keluarga yang hilang rumah.
“Bagi anak Kelantan di perantauan yang pulang menyambut Aidilfitri di kampung halaman terutama di kawasan dilanda banjir hujung tahun lepas, boleh melihat sendiri usaha-usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan dalam membantu mangsa banjir,” katanya.

Dalam pada itu, pelbagai pihak berterusan menghulurkan bantuan seperti bekalan makanan, pakaian dan kewangan bagi meringankan bebanan dan menceriakan mangsa-mangsa banjir.

Selain kerajaan, entiti korporat Kumpulan AmBank menaja 70 penduduk kampung Pasir Era di Kuala Krai termasuk ibu tunggal, kanak-kanak dan Orang Kelainan Upaya (OKU) diberi sumbangan RM200 seorang untuk membeli pakaian raya.

“Aktiviti hari ini adalah sebahagian daripada usaha Kumpulan Ambank untuk menjadikan Hari Raya kali ini sebagai hari yang lebih bermakna kepada mangsa banjir yang kurang bernasib baik,” kata Naib Presiden Kanan merangkap Ketua Komunikasi Korporat dan Pemasaran Kumpulan AmBank, Syed Anuar Syed Ali.

Penerima sumbangan, Mohd Ariffudin Ramli, 13, berkata beliau amat bersyukur kerana terpilih menyertai program berkenaan.

“Saya rasa amat bertuah kerana dapat memiliki pakaian baharu seperti kawan lain untuk hari raya nanti. Tahun lepas sebelum banjir pun saya cuma memakai pakaian harian biasa kerana ayah kurang berkemampuan menyediakannya,” katanya sambil menambah kesemua barangan dan pakaian keluarganya hilang selain rumahnya musnah dalam kejadian banjir tahun lepas. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori