Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Hudud Bukan Dasar Bersama...

KRISIS dalaman Pakatan Rakyat (PR) bagai 'retak menanti belah' apabila komponen-komponen dalamnya jelas tak lagi...

Makan Makanan Bayi Untuk...

KURUS dengan hanya makan makanan bayi. Tak percaya? Itu yang diamalkan oleh seorang...

Suspek Mesej Palsu ‘Mayat...

KOTA BHARU - Polis Kelantan menahan sepasang suami isteri berjawatan guru kerana disyaki...

Dana 2.6B: SPRM Akan...

JOHOR BAHARU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengambil keterangan daripada Perdana...

AirAsia X Akan Terbang Ke Sapporo

AIRASIA X Bhd, syarikat penerbangan tambang rendah jarak jauh terkemuka, akan memulakan penerbangan empat kali seminggu dari Kuala Lumpur ke Sapporo, Jepun mulai 1 Oktober ini.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif, Benyamin Ismail berkata AirAsia X, satu-satunya syarikat penerbangan yang mengurus perkhidmatan operasi penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Sapporo.

“Kami yakin bahawa laluan ini akan menarik lebih ramai pelancong Jepun dari Sapporo yang berminat untuk meneroka kota raya di rantau ini.

“Perkhidmatan terus ini akan menarik mereka untuk melawat Malaysia serta membawa mereka ke pelbagai destinasi di Asean dan seterusnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Syarikat penerbangan itu kini terbang lima kali seminggu dari Kuala Lumpur ke Osaka dan penerbangan harian ke Tokyo.

Terkenal dengan makanan laut yang segar, salji dan kesenian, Sapporo, yang mempunyai penduduk seramai 1.9 juta, menjadi antara tempat terbaik di Jepun untuk dilawati sepanjang tahun. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori