SEKUMPULAN aktivis dari People for the Ethical Treatment of Animals (PETA) berkumpul separuh bogel dilumuri dengan darah tiruan bagi menyatakan protes menuntut untuk menghapuskan acara tahunan larian yang melibatkan kerbau jantan.
Mereka berbaring bergelimpangan dalam keadaan bahagian atas badan terdedah dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran agar pertunjukan yang melibatkan binatang itu tidak lagi diadakan pada masa akan datang.
Pengarah PETA Mimi Bekhechi berkata, “PETA menyeru agar Sepanyol menghentikan segera pertunjukan laga kerbau yang mana ianya merupakan satu aktiviti yang kejam dan mendatangkan kecederaan kepada haiwan tersebut.”
Protes itu diadakan di timur Sepanyol di mana pertunjukan Pamplona Bull Run sering diadakan pada bulan Julai setiap tahun.
Dalam festival tersebut, peserta larian yang datang dari seluruh dunia akan berlari dengan kerbau-kerbau yang dilepaskan bersama mereka. – MYNEWSHUB.CC
Oleh: ĆāĆĀ JULIANA JOHARĆāĆĀ