Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Proses Kenal Pasti Serpihan...

KUALA LUMPUR - Proses mengenal pasti serpihan yang ditemui di Mouzambique sama ada...

Kad Pengenalan Biometrik Boleh...

KUALA LUMPUR - Tatkala berhadapan dengan kebanjiran pelarian etnik Rohingya yang melarikan diri...

Petronas Tinjau Peluang Tingkat...

KUALA LUMPUR – Syarikat petroleum nasional, Petronas akan terus meninjau peluang untuk mengembangkan...

Pegawai Kanan Polis Dipenjara...

KOTA KINABALU - Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu menjatuhkan hukuman penjara berjumlah...

Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Mulai Sesak Sejak 5 Petang

KUALA LUMPUR – Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama seluruh negara dilaporkan bergerak perlahan sejak 5 petang ini berikutan pertambahan bilangan kenderaan.

Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) Expressways Bhd berkata keadaan di kedua-dua arah utara dan selatan kini mulai sesak.

“Trafik masih bergerak perlahan dari Sungai Petani Utara ke Sungai Petani Selatan, di Plaza Tol Jitra Utara menuju ke Jitra Selatan dan selepas Plaza Tol Juru ke Jawi,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Sementara itu, Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata aliran di sepanjang Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dilaporkan bergerak perlahan dari Karak ke Genting Sempah.


Menurutnya aliran di sepanjang Lebuhraya Pantai Timur (LPT) turut dilapor sesak di sebelum dan selepas Plaza Tol Gombak ke Kuala Lumpur.

“Di LPT 2, aliran trafik perlahan sebelum masuk Plaza Tol Kuala Terengganu, Bentong dan sebelum keluar Plaza Tol Gombak arah ke Kuala Lumpur, bagaimanapun keadaan masih terkawal,” katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas
tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori