Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

PAS Tiada Hasrat Gabung...

KUALA LUMPUR - PAS sekali lagi menegaskan pendiriannya untuk tidak bergabung dengan UMNO...

Geng Kacang Tumpas, Tiga...

PENDANG - Polis berjaya menumpaskan kumpulan pecah rumah dikenali 'Geng Kacang' yang aktif...

Kit Siang Patut Jadi...

DATUK Seri Najib Tun Razak sekali lagi memberikan komen sinis terhadap penasihat DAP,...

VIDEO: Suami Isteri Gaduh,...

Masalah rumah tangga seharusnya disimpan erat-erat suami isteri jangan sampai diketahui orang lain.Sebab...

Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Perlahan Setakat 1 Tengah Hari

KUALA LUMPUR – Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama seluruh negara dilaporkan bergerak perlahan di beberapa tempat setakat 1 tengah hari ini.

Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) Expressways Bhd berkata bagi arah utara, keadaan trafik dilaporkan perlahan dari Seberang Jaya ke Seberang Prai dan Tapah ke Bidor, selain sesak sepanjang satu kilometer di Plaza Tol Juru.

“Selain itu, trafik juga dilaporkan sedikit sesak di KM 340 di Bidor akibat kemalangan yang membabitkan sebuah kereta di kawasan tersebut,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata trafik di arah Selatan juga dilaporkan perlahan dari Senawang ke Seremban ekoran pertambahan jumlah kenderaan.

Sementara itu, aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur dilapor lancar walaupun jumlah kenderaan semakin meningkat.


“Aliran trafik menunjukkan peningkatan di Plaza Tol Bentong dan Plaza Tol Chenor tetapi masih bergerak lancar,” katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori