Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Perincian Kenaikan Gaji Penjawat...

PUTRAJAYA : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan perincian kenaikan gaji...

Kementerian Pendidikan Mahu Sekolah...

ALOR SETAR - Kementerian Pendidikan mahu semua sekolah di negara ini mencapai peratusan...

Rakyat Malaysia Terkandas Kongsi...

KUALA LUMPUR - “Dengan jalan keluar masuk kenderaan ditutup di semua tempat dan...

Russia Serang Kilang Penapis...

KYIV: Tentera Russia melancarkan serangan roket dan peluru berpandu terhadap sebuah kilang penapis...

Aliran Trafik Sesak Di Lebuh Raya Utama Pagi Ini

KUALA LUMPUR – Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilapor semakin sesak setakat 10 pagi ini berikutan peningkatan jumlah warga kota meninggalkan ibu negara untuk pulang ke kampung halaman masing-masing bagi menyambut Aidilfitri.

Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Plus Hotline melaporkan aliran trafik ke utara bergerak perlahan dari Slim River ke Sungkai, Bidor ke Tapah, Tapah ke Gopeng, Hentian Simpang Pulai ke Ipoh Utara, Jelapang ke Hentian Rehat Sungai Perak, Jawi ke Hentian Sebelah Sungai Bakap dan Bukit Tambun ke Juru.

“Bagi arah selatan pula, trafik dilihat semakin perlahan dari arah Hentian Tangkak menuju ke Plaza Tol Bukit Gambir,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) melaporkan aliran trafik ke pantai timur semakin meningkat apabila kenderaan mula bergerak perlahan dari arah Genting Sempah menuju ke Lentang di Bentong.


“Trafik juga dilaporkan sesak sepanjang empat kilometer di susur keluar Plaza Tol Kuala Terengganu,” katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori