Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Abaikan Haiwan Peliharaan: Wanita...

TAIPING - Seorang wanita didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini...

Belum Ada Keputusan Cadangan...

PAPAR: Kerajaan belum membuat sebarang keputusan berhubung langkah untuk menaikkan harga beras berikutan...

2 Maut Bertembung Lori...

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki dan seorang wanita maut apabila kereta yang dinaiki...

Kalau Menteri Asyik Tak...

KUALA LUMPUR - ā€œKalau menteri semua tak tahu apa yang berlaku dalam kementerian...

Aman Palestin Pulau Pinang Sasar Kutip Dana RM1 Juta

KEPALA BATAS – Aman Palestin Cawangan Pulau Pinang, menyasarkan kutipan dana sebanyak RM1 juta bagi menampung kos pembinaan semula Masjid Imam As Syafie, Gaza yang musnah akibat serangan rejim Zionis pada Ramadan tahun lepas.

Pengurusnya Budiyanto Umbun berkata beberapa aktiviti dirancang dalam usaha mengumpul dana berkenaan dan beliau berharap sasaran kutipan itu dapat dicapai tahun ini.

Katanya masjid yang dibina sekitar tahun 1964 itu antara masjid terbesar di daerah Gaza dan memerlukan peruntukan RM10 juta untuk dibina semula dan usaha itu akan digabung dengan Aman Palestin Malaysia.

“Berdasarkan perancangan mungkin ia mengambil masa tiga tahun untuk disiapkan namun ia bergantung kepada dana yang disumbangkan oleh rakyat Malaysia.

“Masjid yang dapat memuatkan kira-kira 3,000 jemaah dalam satu masa itu kini sudah selesai melalui fasa pertama dan kerja-kerja mendirikan tiang konkrit sedang dijalankan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.


Budiyanto berkata selain kutipan dana untuk pembinaan semula masjid berkenaan, pihaknya dan Aman Palestin turut berusaha mengumpul wang bagi membantu membina semula infrastruktur dan prasarana yang musnah.

Katanya pihaknya juga merancang untuk membina kemudahan lain antaranya pusat tahfiz dan mencari bantuan dalam membina serta membaik pulih rumah penduduk.

“Selama 51 hari perang yang dilancarkan Zionis terhadap Gaza menyebabkan berlaku banyak kerosakan yang perlu diperbaiki terutamanya infrastrukur dan kemudahan masjid yang juga digunakan sebagai pusat komuniti dan penyebaran agama Islam,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori