Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Bajet 2016 Diharap Mesra...

TAWAU - Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berharap...

Kastam, UPP Rampas 210...

KOTA BHARU - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) dengan kerjasama Unit Pencegah Penyeludupan...

Polis Terima Laporan Pemandu...

KLANG : Polis mengesahkan menerima laporan pukul oleh seorang pemandu lori yang dibelasah...

Haiwan Ternakan Di LPT2...

KEMAMAN - Pengguna Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) meminta pihak berkuasa mengambil...

Amukan Gadis Myvi: Pemandu Teksi Diperintah Bayar Kompoun

MASIH ingatkah anda, video viral amukan sekumpulan gadis Myvi terhadap seorang pemandu teksi di sebuah stesen minyak di Shah Alam pada Mac lalu?

Gaduh Dengan 4 Gadis, Pemandu Teksi Didakwa 4 Tuduhan

Mahkamah Majistret hari ini memerintahkan pemandu teksi, Azmi Mat Mokhtar, 54, membayar kompoun berjumlah RM1000 kepada tiga ‘Gadis Myvi’ yang dilanggarnya.

Tiga ‘Gadis Myvi’ yang juga merupakan adik-beradik itu dikenali sebagai Sharifah Fara Difla, 28, Sharifah Fara Afzan, 27 dan Sharifah Fara Ryyana, 24.

Selain itu, majistret Elyana Razali turut memerintahkan bapa tiga gadis berkenaan Syed Fareid Yahya, 51 membayar kompaun berjumlah RM50 kepada Azmi.

Keputusan ini diambil selepas kedua-dua pihak bersetuju menyelesaikan perkara ini secara baik berdasalkan terma dan persetujuan bersama.

Kisah pergaduhan ‘Gadis Myvi’ dan pemandu teksi ini pernah menjadi perhatian rakyat Malaysia apabila kedua-dua pihak dilihat saling berbalas rakaman video ketika kejadian tersebut di laman sosial.


Difahamkan, kekecohan ini timbul ekoran pemandu teksi tersebut enggan memberi laluan meskipun sudah memberi isyarat lampu dan tangan.

Malah, pemandu teksi berkenaan dikatakan melanggar kereta milik adik-beradik itu sehingga berlakunya adegan bertumbuk hingga menyebabkan kecederaan pada tiga gadis berkenaan.

Apa pun, kes pun sudah selesai. Moga kisah ini menjadi pengajaran buat pengguna jalan raya yang lain agar bertimbang rasa antara satu sama lain. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=Xq0QJwFQyog

Oleh: CARRIE

  • Lagi berita berkaitan:
  • myvi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori