MENGEJUTKAN! Anak mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu Tan Sri Mokhzani Mahathir dikatakan memiliki kekayaan luar biasa dalam tempoh masa yang singkat hingga mampu memiliki koleksi kereta bernilai RM36.2 juta.
Dakwaan tersebut dibuat oleh Presiden Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah. Katanya, Mokhzani memiliki 18 buah kereta mewah pelbagai jenama.
Dulu Kutuk Media Barat, Kini Tun M Jilat Ludah Sendiri
Lantas itu, ujar Azwanddin, Tun M harus tampilĆāĆĀ membuat penjelasan tentang sumber kewangan yang dipunyai anaknya berikutan ia dilihat bukanlah kemampuan sebenar mereka.
Memetik kenyataannya dalam laporan Free Malaysia Today, “Dr Mahathir perlu tampil memperjelas tentang dana modal anaknya. Malah, Mokhzani juga perlu tampil menjelaskan segera.”
Tambah Azwanddin, pendedahan yang dibuatnya hari ini hanya melibatkan nilai kereta sahaja, tidak termasuk nilai hartanah dan sebagainya.
“Saya belum dedahkan lagi kekayaan anak-anak Dr Mahathir yang lain termasuk Mukhriz.”
Susulan pendedahan tersebut, Azwanddin turut mencabar Mokhzani mahupun Tun M menyamannya jika mereka menganggap dia melakukan fitnah.
“Jika pendedahan ini tidak benar saya silakan untuk saman saya secara terbuka dan saya yakin beliau tidak berani saman saya sebab saya ada bukti jelas.”
– MYNEWSHUB.CC
Oleh: IZZAT MOHD ANUAR
Najib Razak – Tun M Kalau Tak Boleh Sokong Janganlah Buli Saya
https://www.youtube.com/watch?v=pS2rdHC921k