ANAK tunggal mendiang Whitney Houston, Bobbi Kristina Brown disahkan meninggal dunia di pusat pemulihan di Atlanta, Amerika Syarikat, semalam.
Ahli keluarga Whitney memberitahu khabar sedih itu kepada E! News dengan berkata, “Bobbi Kristina Brown meninggal dunia pada Ahad, 26 Julai di samping ahli keluarganya. Kami menghargai segala sokongan dan kasih sayang yang telah anda berikan sepanjang tempoh ini”.
31 Januari lalu, Bobbi ditemui tidak sedarkan diri di bilik air kediamannya dan sejak itu gadis berusia 22 tahun itu berada dalam keadaan koma.
Kematian Bobbi dilihat sama dengan kematian ibunya yang meninggal dunia pada Februari 2012 akibat lemas dalam tab mandi di Hotel Beverly Hilton beberapa jam sebelum berlangsungnya Anugerah Grammys. – MYNEWSHUB.CC