Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Pegawai Tentera Ditahan Bantu...

KUCHING - Polis menahan seorang pegawai tentera berpangkat Leftenan bagi membantu siasatan kes...

Golongan Petani Diingatkan Keluar...

KANGAR - Golongan petani yang menikmati bantuan kerajaan harus keluar mengundi pada Pilihan...

MCA, MIC Tak Mahu...

MCA dan MIC yang semalam menggesa Barisan Nasional bermesyuarat untuk membincangkan masa depan...

Fitnah Jahat MB Kedah...

SYUKUR Alhamdulillah, akhirnya krisis politik Kedah berakhir dengan perletakan jawatan Datuk Seri Mukhriz...

Andai Pilihan Raya Esok, Pakatan Pastinya Tak Akan Menang

KETIKA kritikan hebat dihujankan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak pada masa ini, tiba-tiba timbalan Najib iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin pula mengeluarkan kenyataan sensasi seolah-olah mengiyakan dakwaan semberono banyak pihak.

Ramai yang membuat telahan, Muhyiddin kini dalam fasa cubaan untuk mengambil alih tampuk ketua kerajaan, apatah lagi Najib sedang dibelenggu tuduhan tak berasas tentang syarikat pelaburan Malaysia, 1MDB malah dikatakan punca kejatuhan ringgit Malaysia ke paras terendah sejak krisis 1998.

Lebih parah, dalam satu kenyataan pada Mesyuarat UMNO Cheras semalam, Muhyiddin turut berkata, jika Pilihan Raya Umum dilakukan dalam tempoh terdekat, BN akan akan kalah!

Selesai Segera Isu 1MDB, Sebelum Jadi Beban Kepada UMNO

Mungkin bersandarkan pada situasi semasa yang memperlihatkan rungutan masyarakat tentang pembongkaran skandal 1MDB serta kos sara hidup, namun adakah realitinya BN akan benar-benar menemui kegagalan dalam PRU seterusnya?

Tinggalkan dahulu persoalan itu untuk berlegar di minda pembaca. Apa yang lebih penting, adakah pakatan pembangkang ketika ini mampu untuk menang, sekaligus mengambil alih Putrajaya?

Jawapannya tentulah, TIDAK!

Hanya tinggal sejarah... Pakatan Rakyat yang mula ditubuhkan pasca PRU-12 pada 2008 lalu akhirnya berpecah jua
Hanya tinggal sejarah… Pakatan Rakyat yang mula ditubuhkan pasca PRU-12 pada 2008 lalu akhirnya berpecah jua

Bukti paling nyata terhadap fakta tersebut sudah tentulah senario pergolakan dalam Pakatan Rakyat sendiri sejak sekian lama. Semua tahu, gagasan tersebut akhirnya berkubur secara rasmi baru-baru ini, lantas memisahkan tiga kuasa yang bergabung antara PAS, PKR dan DAP.

Noktah kerjasama antara PAS dan dua sekutunya, PKR dan DAP menyaksikan undian Melayu yang diperolehi PR pada PRU lalu bakal berkurang. Memetik analisis dari politweet.org, situasi tersebut pastinya terjadi kerana PAS sememangnya dikenali di ceruk pedalaman sebagai parti Islam dan sebahagian warga luar bandar yang terdiri dari masyarakat Melayu telah mengundi parti Islam itu sejak dahulu lagi.

Walaupun pahit untuk ditelan, rakan Pakatan harus mengakui bahawa PAS memiliki pengaruh besar dalam kemenangan mereka pada PRU lalu di kebanyakan kawasan.

Seterusnya, Pakatan hampir mustahil untuk menguasai PRU akan datang kerana undi dari rakyat bakal berpecah kepada tiga  penjuru iaitu antara BN, PAS dan Pakatan 2.0.

81429690238_950x600

Pastinya, BN yang diwakili tiga kaum majoriti Malaysia mempunyai peluang lebih besar untuk memenangi hati rakyat jika dibandingkan dengan PAS yang dilihat bukan lagi ‘PAS For All’, manakala PKR dan DAP dalam Pakatan 2.0 hanya mendapat sokongan sebahagian masyarakat bandar.


Memetik laporan dari laman berkenaan, “PKR dan DAP tidak berjaya menguasai kawasan luar bandar seperti yang dilakukan PAS dan BN. Tanpa PAS untuk terus menjadi wakil dalam PR pada kerusi-kerusi berkenaan, pakatan baru bakal berdepan dengan masalah untuk menang PRU-14.

“Kemungkinan pertembungan antara PAS, BN dan Gerakan Harapan Baru nanti meningkatkan peluang BN untuk menang kerusi dengan kurang dari 50 peratus undi.”

Jika diamati keputusan PRU lepas, telahan tersebut ada benarnya. Lihat sahaja kerusi yang dimenangi PAS di Kelantan iaitu sebanyak 32 kerusi, di Terengganu dengan 14 kerusi manakala di Kedah dengan sembilan kerusi. Kesemua ini menunjukkan PAS bukanlah hanya menjadi parti picisan dalam PR.

Selain itu, jika dilihat trend terkini Pilihan Raya Kecil, tiga daripada empat kerusi yang dipertandingkan sepanjang setahun lalu dimenangi oleh BN iaitu di Teluk Intan, Pengkalan Kubor dan Rompin. Adakah ini tanda-tanda kekalahan perikatan tersebut?

Untitled31

Rakyat pun kebanyakannya sudah membuka mata dan dapat melihat watak sebenar setiap pemimpin pembangkang yang lebih mengutamakan untung nasib mereka dalam survival politik daripada mempertahankan kebajikan rakyat.

Lihat sahaja situasi sekarang, hampir kesemua mereka saling bercakaran antara satu sama lain sambil menuding jari siapa yang salah. Adakah itu bakal menjadi pemimpin nombor satu negara? Fikir seratus kali!

Nah, dengan bukti-bukti demikian, ia terus menyanggah cakap segelintir pihak termasuk kenyataan Muhyiddin bahawa BN tidak mampu mempertahankan kuasanya. Tak mengira bila tarikh PRU akan diadakan, sama ada sekarang atau 2018 nanti, pastinya pengganti yang lebih layak dari Barisan Nasional masih tiada.

Sedarlah kita, dalam mana-mana kerajaan pun, kelompangan dalam pentadbiran itu sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Maka, sebagai rakyat, kita memiliki hak untuk menegur, namun harus juga memberi peluang kepada pemimpin untuk berusaha kembali untuk berada atas landasan yang sebenar. – MYNEWSHUB.CC

Tun M Kalau Ttak Boleh Sokong, Janganlah Buli Saya – Najib Razak

https://www.youtube.com/watch?v=pS2rdHC921k

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori