SEJAK semalam, tersebar surat layang dipercayai ditulis seorang anggota tentera yang turut dipanjangkan kepada Menteri Pertahanan Malaysia Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussain Onn.
Menggunakan bahasa ‘pedas’ kandungan surat tersebut berisi luahan hati anggota tentera yang dikatakan dipaksa menyambut hari raya bersama Panglima Angkatan Tentera walaupun tidak perlu bertugas di perbatasan atau menjaga keselamatan negara pada 1 Syawal.
Hal ini membuatkan anggota terbabit mendakwa, dia dan anggota tentera lain berasa amat bengang pada setiap tahun kerana jika tak perlu bertugas pada Hari Raya sudah tentu mereka memilih untuk menyambut lebaran bersama keluarga masing-masing berbanding membuat persiapan raya serta menyambutnya bersama Panglima dan isteri.
Berikut antara kandungan surat tersebut:
Dato Seri Hishamudin bin Tun Hussain
Menteri Pertahanan
Panglima Angkatan Tentera
Panglima-panglima Perkidmatan
Kementerian Pertahanan Kuala Lumpur
MOHON DIPERBETULKAN BUDAYA MENYUSAHKAN ANGGOTA TENTERA UNTUK KEPENTINGAN PERIBADI PEGAWAI KANAN
1. Terlebih dahulu saya dengan penuh hormatnya mengambil kesempatan ini memanjatkan doa kehadrat Allah Subhanahu Wataala semoga Dato Seri sentiasa sihat. Selamat berpuasa dan selamat Menyambut Hari Raya yang bakal tiba.
2. Tujuan saya mengutuskan surat ini kepada Dato seri, Panglima Angkatan Tentera, Panglima Tentera Darat, Panglima TLDM dan Panglima TUDM dengan harapan perkara ini segera diubah demi kebaikan ummah khasnya anggota tentera. Perkara ini telah berlaku sekian lama dan sudah menjadi parah dan amat menyedihkan. Apa yang saya maksudkan ialah penyalahgunaan kuasa oleh pegawai-pegawai kanan ATM khasnya mereka yang berpangkat 2 bintang ke atas. Penyalahgunaan kuasa ini kadangkala tidak dirasai oleh para Jeneral2 dalam ATM tetapi amat sakit dan pedih serta menyusahkan anggota bawahan. Budaya dan etika buruk ini wajib dihentikan segera, antaranya: Berhari Raya Bersama Panglima.
Adalah sesuatu yang amat zalim dan kejam apabila hari raya pertama kami dikerahkan seperti hamba abdi menyiapkan hidangan, persiapan dan serba yang diinginkan hanya kerana ingin beraya bersama Panglima. Padahal kami ada keluarga, ada anak isteri, ada mak bapak dan sanak saudara kami di kampung halaman untuk diziarahi. Apalah gunanya beraya dengan Panglima? Apa faedahnya? Cukup2lah kami menjadi hamba.
Di bulan yang mulia khasnya Aidilfitri tak ada siapa pun nak meraikan Panglima lagi. Kalaupun mak bapak Panglima dah mati dan mereka hidup tak ada adik beradik, cukup2lah menyusahkan anggota bawahan. Tak payah panggil ramai2 untuk raikan hari raya bersama Panglima. Kami tak suka! Tak kira di mana. Di perbatasan ke di kem ke sama jer.. kami terpaksa menjadi hamba kerana nak jaga Panglima nak bagi mereka happy. Pegawai-pegawai kerah jer. Padahal kami amat tersiksa. Bayangkan Panglima Logistik Dato Razif (tua kutuk) sanggup mengarahkan anggota beraya bersama beliau saban tahun sehingga petang setiap hari raya. Hati busuk.. tak ada otak…
Kenapa kami terpaksa beraya dengan beliau? Tak habis2 kena layan si tua kutuk tu. Kena layan isteri beliau lebih dari jaga raja. Kalau budaya bodoh ini diteruskan sememangnya pihak atasan kementerian amat tidak perihatin dengan kebajikan anggota ATM.
Cuba fikir.. kalau x-mas di US atau di UK apakah Panglima dia akan tahan semua untuk sambut x-mas sekali ke? Anggota tentera akan memberontak. Bukan nak disamakan kafir dengan islam, tetapi pemahaman para jeneral ATM lagi teruk dari pemahaman orang-orang kafir. Kebajikan anggota tidak difikirkan. Sembang saja.. hipokrit.. berlagak tapi tak ada otak. Hari raya amat sensitif. Mereka zalimi kami sekarang kerana mereka ada kuasa.. mudahan keturunan mereka akan dizalimi oleh orang lain.Semoga Allah balas kezaliman mereka… Amin.
3. Semoga apa yang disampaikan ini mendapat perhatian Dato Seri Menteri, PAT yang kami kasihi, para panglima perkidmatan yang mungkin tidak sedar perkara ini berlaku. Mohon sangat2 agar raya tahun ini anggota tentera berhari raya dengan gembira bersama keluarga, tak diganggu oleh sesiapa. Kami rela menjaga kedaulatan negara sekiranya ditakdirkan kami bertugas. Itu tugas kami. Biar kami bersengkang mata menjaga negara tetapi bukan berjaga dan letih menjaga dan memuaskan nafsu panglima dihari raya.
Dato Seri, Selamat Hari Raya Aidilfitri. Mohon jasa baik pesanan ini disampaikan dan tidak disimpan/ dibuang oleh pegawai-pegawai penapis di pejabat yang dialamatkan. ÂÂ
Dipanjangkan kepada:
Berita harian
Harian Metro
Utusan Malaysia.
Salinan kpd:
situa kutuk bini belagak lebih dari suami.
Pada kami rungutan dalam surat layang ini ada asasnya tetapi kot iye pun bengang benar, biarlah menggunakan bahasa yang lebih berhemah dan beradab.
Apa pun mungkin Kementerian Pertahanan patut mengambil kira luahan hati anggota tentera dalam surat ini.
Sejauh mana kebenarannya tak dapat dipastikan tetapi sekiranya ia berlaku saban tahun maka memang wajarlah anggota tentera kita berasa bengang apabila sambutan Hari Raya diganggu, lainlah kalau mereka memang diperlukan untuk bertugas menjaga keamanan negara pada 1 Syawal, betul tak? – MYNEWSHUB.CC
Oleh: Rem Ramzi
Maaf ye sy org lama dlm tentera pesara tahun 1994…..kalau lah bagini displen anggota tentara sy percaya kalau negara d serang ,mlaysia hancur kalah perang..