Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Kasut Rekaan Khas Peminat...

JIKA sebelum ini bukan janggal untuk Lionel Messi mencampakkan kasutnya ke arah peminat,...

Sukan Asia: Lin Dan...

JAGUH perseorangan badminton lelaki negara Datuk Lee Chong Wei disekat jaguh China dan...

Abdul Hadi Tak Menghadap...

SHAH ALAM - Pemimpin utama daripada PAS tidak dijadualkan untuk menghadap Yang di-Pertuan...

25 Maut Dalam Nahas...

BANGKOK - Dua puluh lima orang maut apabila sebuah minivan dan sebuah trak...

Angkatan Tentera ‘Insurans’ Keselamatan Negara

KANGAR – Angkatan Tentera Malaysia boleh disifatkan sebagai ‘insurans’ keselamatan negara, perlu dipermodenkan untuk meningkatkan keupayaannya seiring perkembangan teknologi dan corak peperangan masa kini.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah kewujudan angkatan tentera semata-mata untuk mengelak peperangan namun ada pepatah menyebut ‘jika anda mahu keamanan, bersedialah untuk berperang’.

“Pada masa sama pelbagai isu geostrategik yang memberi kesan signifikan terhadap keselamatan negara seperti ancaman pengganas, tuntutan bertindih di Laut China Selatan, masalah sosial dan politik negara serantau selain ancaman bukan tradisional seperti pendatang asing tanpa izin dan penyeludupan najis dadah memberi kesan buruk terhadap keselamatan negara.

“Keadaan ini memerlukan negara kita memiliki angkatan tentera yang boleh dipercayai, profesional, berkebolehan dan cekap selain kepercayaan rakyat untuk mempertahankan negara,” titah baginda.

Tuanku Syed Faizuddin yang juga Komander Rejimen 504 Askar Wataniah berpangkalan di Kem Bukit Keteri, Arau bertitah pada majlis berbuka puasa sempena program ‘Jalinan Kasih Kerajaan Negeri Perlis’ di Pangkalan TLDM KD Sri Semporna, Sabah, petang semalam.


Menurut hebahan Rejimen 504 di sini hari ini, keberangkatan baginda disambut Panglima Wilayah 2 TLDM Laksamana Muda Datuk Khairul Anuar Yahya dan Pegawai Memerintah KD Sri Semporna Unit PASKAL 2, Kapten Mohd Redzuan Talib.

Ketua Polis Perlis SAC Shafie Ismail mengiringi baginda dalam program tahunan tersebut sempena Ramadan yang masuk tahun ke-11.

Terdahulu, baginda serta rombongan dari Perlis melawat Pulau Boyeh, Pulau Pom-Pom, Pulau Padanan dan Pulau Mataking di timur Sabah untuk menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada anggota pasukan keselamatan yang bertugas. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori