Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Banjir Di Hulu Terengganu,...

KUALA TERENGGANU - Sebanyak 17 orang daripada lima keluarga di Kampung Tok Lawit,...

Polis Thailand Pintas Lori...

BANGKOK - Polis Thailand memintas sebuah treler pembancuh simen yang disumbat dengan 2.2...

Jutawan Kapal Tawar Diri...

SINGAPURA - Dengan Pilihan Raya Presiden hanya berbaki dua bulan lagi, Farid Khan...

Jangan ‘Latah’ Buat Kenyataan...

KUALA KANGSAR - Pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) diminta tidak terburu-buru mengeluarkan...

Anwar Ibrahim Umum Pakatan Baru Akan Muncul Tak Lama Lagi

BEKAS Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini dipenjarakan setelah didapati bersalah atas kesalahan liwat, mengumumkan bahawa satu kerjasama baharu akan dijalankan antara pembangkang, termasuk bersama kumpulan progresif tidak lama lagi.

Menerusi peguamnya Anwar berkata, pihaknya kini sedang memperkukuhkan pakatan tersebut yang bakal disertai pemimpin PAS yang menubuhkan Gerakan Harapan Baru (GHB).

DAP Sedia Kerjasama Dengan GHB – Lim

harapan_baru_pc

“Kami sedang berusaha ke arah mengukuhkan pakatan yang merangkumi semua kumpulan progresif, termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti gabungan Bersih, Abim, Ikram dan Gerakan Harapan Baru.

“Tindakan bersama pelbagai kumpulan ini, yang komited terhadap pembaharuan dan perubahan, akan menawarkan demokrasi tulen dan satu alternatif yang adil kepada rakyat.”

PR1

Semua tahu, Pakatan Rakyat yang ditubuhkan pad 1 April 2008, hanya sempat bertahan kira-kira tujuh tahun apabila pertelingkahan antara PAS dan DAP akhirnya sampai ke kemuncak hingga menyebabkan gabungan itu berakhir.


Ini berikutan Muktamar Tahunan PAS pada Jun lalu mengumumkan untuk meluluskan usul tanpa bahas memutuskan hubungan dengan DAP.

Lanjutan dari itu, sekumpulan pemimpin progresif antaranya Mat Sabu, Salahuddin Ayub, Khalid Samad dan Suhaizan Kaiat bertindak mewujudkan Gerakan Harapan Baru (GHB) yang bakal menjadi sebuah parti politik tidak lama lagi.

Yang menjadi tanya tanya kini, antara PAS atau DAP, yang mana satu akan menjadi pilihan PKR untuk meneruskan kerjasama politiknya juga urusan pentadbiran kerajaan negeri di Pulau Pinang dan Selangor? – MYNEWSHUB.CC

Oleh: IZZAT MOHD ANUAR

Gerakan Harapan Baru Alternatif PAS

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori