Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Perjalanan 14 Jam Sebelum...

PERJALANAN selama 14 jam dari Jakarta ke Sumedang, Indonesia sebelum pulang ke Malaysia...

Isu Pas Calon Timbulkan...

REMBAU - Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pejabat daerah Rembau menunjukkkan calon gabungan...

Sabah Mansuh Pengisian Borang...

Kota Kinabalu : Syarat pengisian borang pengisytiharan kesihatan (e-HDF) bagi memasuki Sabah dimansuhkan...

Video: Pengakuan Ngeri Anak...

BEBERAPA hari lalu, kecoh di Indonesia apabila seorang anak bertindak menyembelih ibunya sehingga...

APMM Pahang Periksa 831 Kapal Sejak Januari

KUANTAN – Agensi Penguatkuasan Maritim Malaysia Pahang telah melakukan pemeriksaan ke atas 831 kapal di sekitar perairan Pahang sejak Januari hingga awal Julai ini.

Ketua Penguatkuasa Maritim Daerah Kapten Maritim Che Engku Suhaimi Che Engku Daik berkata daripada jumlah itu, sebanyak 23 kes melibatkan tangkapan dan pendakwaan di mahkamah, untuk tempoh yang sama.

Katanya kes itu melibatkan pelbagai kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952, Akta Warisan Negara 2005, Akta Zon Ekomomi Eksklusif 1984.

Tangkapan juga melibatkan kes berkaitan penyalahgunaan lesen penangkapan ikan oleh nelayan tempatan dan nelayan asing, tambahnya.

“Pemeriksaan yang dilakukan ini melibatkan semua jenis kapal, sama ada kapal nelayan tempatan dan warga asing, kapal perdagangan dan bot pelancongan termasuk feri.

“Kesalahan yang paling kerap dilakukan nelayan asing ialah memasuki perairan negara dan menangkap ikan tanpa kebenaran sementara nelayan tempatan pula adalah kerana melanggar syarat lesen yang diberikan,” katanya.


Che Engku Suhaimi berkata demikian kepada pemberita selepas Operasi Bersepadu Pencegahan Dadah dalam Kalangan Nelayan antara Maritim dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Pahang di sekitar perairan Kuantan di sini, hari ini.

Beliau juga memberitahu Maritim akan mempergiatkan lagi rondaan sempena musim perayaan tidak lama lagi bagi memastikan perairan Pahang, khususnya di Kuantan tidak diceroboh nelayan atau dijadikan laluan untuk menyeludup bahan terlarang.

Mengulas mengenai operasi itu, beliau berkata 22 nelayan tempatan dan warga asing telah menjalani pemeriksaan air kencing, namun kesemua mereka didapati negatif dadah.

Pemeriksaan dilakukan di atas kapal nelayan terbabit sejauh 20 batu nautika daripada jeti Jabatan Laut di sini dan di kawasan rehat nelayan di jeti Tanjung Api. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • APMM

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori