SEBUAH organisasi belia yang mengumpulkan artis-artis jalanan telah bekerjasama dengan kerajaan di Mexico untuk menggubah serta memulihkan semula lebih 200 buah rumah yang kelihatan usang di Palmitas, sebuah pekan di daerah Pachua.
Kebanyakan artis jalanan ini sangat terkenal dengan hasil kreatif karya grafiti yang dihasilkan di jalanan.
Bersatu di bawah nama Germen Crew, mereka telah menceriakan 209 buah rumah dengan warna-warni yang sememangnya mengubah perasaan seseorang yang melihatnya apatah lagi orang yang tinggal di situ.
Menurut media tempatan, hasil perubahan yang dibuat itu telah memberi kesan positif kepada 452 keluarga atau 1808 orang yang tinggal di situ.
Lihat sendiri perubahan yang berlaku menerusi gambar-gambar menarik hasil karya artis jalanan ini. – Agensi/MYNEWSHUB.CC
Video mengenai projek memulih penempatan masyarakat di Mexico ini.
Oleh: Syfq Akhir