DATUK Seri Azalina Othman Said terkejut dengan pengumuman rombakan kabinet yang dilakukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebentar tadi.
Menurutnya yang dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, beliau hanya mendengar pengumuman yang dibuat Najib menerusi siaran radio.
“Saya berada di kawasan saya. Saya hanya mendengarnya melalui radio,” kata beliau yang berterima kasih di atas kepercayaan PM untuknya mengemudi portfolio tersebut.
Azalina turut memegang jawatan sebagai Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS). – MYNEWSHUB.CC
Video Penuh Rombakan Kabinet Najib Razak
https://www.youtube.com/watch?v=yi6gy6OZkJc