Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Kim Swee Umum Skuad...

KUALA LUMPUR - Ketua jurulatih bola sepak kebangsaan Datuk Ong Kim Swee akan...

Hanya Bincang Masa Depan...

KUALA LUMPUR - Pertemuan melibatkan beberapa Ahli Parlimen di kediaman rasmi Menteri Hal...

Tak Perasan Berbual Dengan...

Sebut sahaja nama Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, pasti terbayang di fikiran kita...

SPRM Mohon Peguam Negara...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menghantar permohonan ke Pejabat...

Azizah Harun Angkat Sumpah Sebagai Anggota Dewan Negara

KUALA LUMPUR – Exco Wanita UMNO Azizah Harun hari ini mengangkat sumpah sebagai Anggota Dewan Negara di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang.

Azizah, 56, yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Sepang dilantik untuk penggal pertama bagi tempoh 2015 hingga 2018.

Abu Zahar ketika mengalu-alukan pelantikan Azizah mengingatkan semua anggota Parlimen terdiri daripada anggota Dewan Rakyat dan Dewan Negara agar taat kepada negara, mempertahan serta melindungi Perlembagaan negara.

Beliau berkata sebagai anggota Parlimen, mereka sesungguhnya memahami dan menghayati sistem pemerintahan demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan yang diamal sejak merdeka.

“Keputusan pemerintahan negara secara demokrasi dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya umum lima tahun sekali mestilah dihormati oleh semua rakyat khususnya ahli Parlimen sendiri, janganlah sesekali wujudnya pula perilaku cuba hendak sabotaj atau jatuhkan kerajaan tanpa melalui proses demokrasi…jadi untuk menjaga keharmonian dan kesejahteraan rakyat sejagat,” katanya.


Sambil melahirkan kerisauan situasi masa kini, Abu Zahar berkata semua pihak seharusnya berfikiran rasional agar tidak sesekali melakukan sesuatu perkara di luar Perlembagaan dan sistem pemerintahan demokrasi.

Terdahulu, sambil mengucapkan tahniah atas pelantikan Azizah, beliau berharap anggota senator khususnya mereka yang dilantik pertama kali akan menjalankan tugas dengan bijaksana di samping memberikan sumbangan berguna dan berfaedah kepada rakyat dan negara ini.

“Ahli Yang Berhormat yang baharu dilantik khususnya, dinasihat jangan membuang masa sebaik mengangkat sumpah teruslah tunjukkan kebolehan masing-masing. Ini bukan tempat bermain-main dan bersandiwara kerana ini Dewan mulia untuk membuat undang-undang negara,” katanya.

Azizah, kini memegang jawatan sebagai Penyelia Kanan, Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori