Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Malaysia Terus Kempunan Julang...

HANOI - Harapan Malaysia untuk menamatkan kemarau lapan tahun menjulang Piala AFF Suzuki...

98 Rumah Di Seberang...

BUKIT MERTAJAM - Sebanyak 98 rumah di beberapa kawasan di Daerah Seberang Perai...

Cubaan Bunuh Diri Di...

SHAH ALAM: Kes cubaan bunuh yang berlaku pada akhir-akhir ini dianggap serius selepas...

Agong Ke-16: Al-Sultan Abdullah...

SEPANG - Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selamat tiba di...

Baik Pulih Infrastruktur Rosak Akibat Banjir, Dijangka Siap Pada Sept

KOTA BAHARU – Kerajaan persekutuan memperuntukkan lebih RM380 juta bagi membaik pulih infrastruktur yang rosak akibat bencana banjir yang berlaku di Kelantan pada Disember tahun lepas.

Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan Datuk Makhtar Mustapha berkata peruntukan berkenaan disalurkan kepada jabatan dan agensi kerajaan berkaitan untuk membiayai kerja-kerja membaik pulih infrastruktur tersebut.

“Sebahagian besar kerja membaik pulih kerosakan tersebut telah siap manakala bakinya akan disiapkan sebelum atau pada September depan,” katanya kepada Bernama di sini.

Makhtar berkata Jabatan Kerja Raya (JKR) diperuntukkan sebanyak RM70 juta bagi membaik pulih jalan dan cerun di 124 lokasi yang rosak akibat banjir dan kesemuanya sudah siap dibaiki.

Antara jalan terbabit ialah Jalan Gua Musang-Lojing-Simpang Pulai, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, Jalan Pasir Mas-Tanah Merah, Jalan Lama Pasir Mas-Rantau Panjang dan laluan Lebuhraya Timur Barat Jeli-Grik.

Makhtar berkata Jabatan Kesihatan pula diperuntukkan sebanyak RM75 juta untuk membaik pulih infrastruktur yang rosak antaranya penggantian perubatan sebanyak RM26 juta, penggantian kenderaan (RM16 juta), pembaikan kerosakan yang melibatkan hospital (RM10 juta), penggantian peralatan bukan perubatan seperti perabot (RM8 juta), ubat-ubatan (RM5.7 juta) dan pembaikan segera kerosakan 16 klinik desa (RM2 juta).


Jabatan Pendidikan Kelantan diperuntukkan sebanyak RM53.4 juta bagi membaik pulih kerosakan melibatkan 241 sekolah rendah dan menengah akibat banjir iaitu kerosakan fizikal sebanyak RM32 juta, perabot (RM11.7 juta) dan buku teks (RM9.7 juta), katanya.

Beliau berkata kerosakan infrastruktur yang melibatkan jabatan dan agensi lain juga dijangka siap sepenuhnya pada September ini.

Katanya Unit Pemantauan dan Penilaian JPP ditugaskan untuk memastikan kerja membaik pulih itu disiapkan mengikut jadual.

Makhtar berkata kerajaan persekutuan amat prihatin dengan nasib rakyat yang ditimpa musibah banjir luar biasa itu dan memastikan mereka mendapat perkhidmatan terbaik yang disediakan kerajaan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori