Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Tabung Haji Peruntukkan RM3.2b...

KUALA LUMPUR - Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengumumkan bonus pendeposit bagi...

Lelaki Bakar Diri Sendiri...

MELBOURNE – Seorang lelaki bertindak membakar dirinya di dalam sebuah kereta ketika melakukan...

JKR Pantau Kawasan Cerun...

GEORGETOWN - Jabatan Kerja Raya (JKR) meningkatkan pemantauan di kawasan cerun berisiko berlaku...

Aktiviti Ibadah Korban Dibenarkan...

PUTRAJAYA - Aktiviti ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha pada hujung Julai ini dibenarkan...

Banjir Lumpur: Penduduk Mesilo Diarah Pindah

KOTA KINABALU – Angin kencang dan hujan lebat sejak semalam menyebabkan 100 orang penduduk dari Kampung Mesilo, Kundasang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di balai raya KO Sinar (Desa Cattle) dalam kejadian terbaharu banjir lumpur, pada awal pagi tadi.

Ketua Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Mohd Affendi K Ramin berkata kesemua mangsa dipindahkan setelah rumah mereka dilanda banjir lumpur dalam kejadian pada kira-kira 3 pagi tadi.

“Pasukan bomba sedang melakukan pemantauan di lokasi kejadian dan mengarahkan penduduk Kampung Mesilo untuk berpindah ke pusat perlindungan itu sementara menunggu banjir dan paras air sungai kembali normal,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, maklumat terkini banjir berkenaan akan dikemas kini dari semasa ke semasa. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori