Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

BN Sedang Teliti Calon...

BAGAN DATUK: Calon yang akan mewakili Barisan Nasional (BN) untuk bertanding di 56...

12 Hari Di ISS,...

ALMATY: Bilionair Jepun, Yusaku Maezawa kembali ke Bumi semalam, selepas 12 hari meluangkan...

Ramli Curi Tumpuan Kali...

KUALA LUMPUR – Kali pertama berbahas di Dewan Rakyat, Ramli Mohd. Nor (BN-Cameron...

Covid-19 Beri Impak Kesihatan...

KUALA LUMPUR - Masyarakat di Malaysia tidak terkecuali daripada menerima impak kesihatan mental...

Bapa Berang Anak Diikat Doktor Gigi

Carrollton (Amerika Syarikat) – Seorang bapa di sini berang selepas mendapati anak perempuannya diikat seorang doktor gigi ketika menjalani rawatan pergigian.

James Crow berkata, dia membawa anaknya, Elizabeth ke sebuah klinik pergigian di sini selepas kanak-kanak itu mengadu sakit gigi.

Katanya, ketika sampai di klinik doktor memberitahu gigi Elizabeth perlu dicabut dan meminta dia keluar sementara menunggu rawatan dijalankan.

“Selepas beberapa minit saya mendengar suara Elizabeth menjerit dan saya terus bertanya jururawat apa yang berlaku.

“Bagaimanapun, jururawat itu tidak membenarkan saya masuk ke bilik rawatan dan memberitahu tidak ada apa yang berlaku,” katanya.

Katanya, selepas beberapa minit dia sekali lagi mendengar Elizabeth menjerit dan kerana curiga dia terus masuk ke bilik rawatan.

“Apabila masuk ke bilik rawatan saya terkejut melihat Elizabeth terikat pada kerusi dan tidak ditemani sesiapa.


“Berang melihat keadaan Elizabeth seperti itu saya terus membawa anak saya keluar,” jelasnya.

Menurutnya, doktor memberitahu, dia terpaksa mengikat Elizabeth kerana kanak-kanak itu meronta ketika giginya dicabut.

Tambahnya, dia merancang membuat aduan kepada pihak berkuasa kerana tindakan doktor itu membuatkan anaknya trauma. – Agensi/myMetro Online

 

https://www.youtube.com/watch?v=S-OIfjJAI_g

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori