Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Bayi Dilahirkan Murid Darjah...

TEMPOH hari lalu, seantero Malaysia digemparkan dengan berita seorang murid Tahun Lima melahirkan bayi...

GST: Lapor Salah Laku...

KUANTAN - Pengguna yang menghadapi masalah dengan peniaga berkaitan Cukai Barang dan Perkhidmatan...

Seks Dengan Kanak-Kanak Bawah...

KUALA LUMPUR - Mana-mana individu yang melakukan hubungan seks dengan kanak-kanak berumur 16...

Kes Bunuh Tapah: Mahkamah...

IPOH - Mahkamah Majistret di sini hari ini membenarkan mekanik dan anak lelakinya...

Barisan Kabinet Baharu Boleh Pacu Kemampuan Kerajaan Berkhidmat

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata barisan Kabinet baharu perlu bertindak sebagai satu pasukan untuk memastikan kerajaan mempunyai kekuatan dan kesepaduan bagi memberi tumpuan pada pelan pembangunan untuk Malaysia dan menghadapi cabaran semasa.

Katanya beliau percaya barisan Kabinet baharu akan memacu kemampuan kerajaan untuk melaksanakan janji-janjinya yang dibuat kepada rakyat pada pilihan raya umum lepas pada 2013.

“Berikutan mandat demokratik diberikan kepada Barisan Nasional dalam pilihan raya umum 2013, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk memastikan kerajaan menjayakan program transformasi Malaysia.

“Tiada apa yang lebih penting daripada keperluan Malaysia dan rakyatnya – saya akan sentiasa mendahulukan kepentingan mereka daripada semua perkara lain,” katanya dalam catatan dalam Facebook beliau hari ini.

Najib menzahirkan kenyakinan bahawa, lambat laun, barisan Kabinet baharu akan dapat meningkatkan kenyakinan rakyat terhadap kerajaan dan Barisan Nasional menjelang pilihan raya umum ke-14, dijadual pada 2018.

Najib berkata anggota Kabinet tidak boleh menyuarakan perbezaan pendapat dalam forum terbuka yang boleh menjejaskan pendapat awam terhadap kerajaan dan Malaysia.

“Ini bercanggah dengan konsep tanggungjawab bersama yang menjadi asas Kabinet kerajaan.

“Saya mengalu-alukan perbahasan, dan menerima dan bertolak ansur dengan kritikan atau malahan perbezaan pendapat. Bagaimanapun, proses ini patut berlangsung dalam Kabinet sebagai sebahagian proses membuat keputusan,” katanya.


Menurut Perdana Menteri, Barisan Nasional diasaskan atas prinsip perpaduan yang menjadi teras negara ini dan resipi bagi kejayaan di masa depan.

Rombakan Kabinet semalam menyaksikan pelantikan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri yang baharu bagi menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin, di samping menggugurkan empat menteri dan pelantikan tujuh menteri baharu.

Najib berkata keputusan untuk menggugurkan Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah keputusan yang amat sukar dan menambah “kepimpinan adalah tentang apa yang anda fikir adalah betul”.

“Dan, demi berkhidmat untuk Malaysia, saya perlu mempunyai pasukan yang jitu dan bersatu yang bergerak dalam haluan yang sama,” katanya.

Najib mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih atas khidmat bakti yang dicurahkan oleh Muhyiddin serta menteri dan timbalan menteri yang kini tidak lagi bersama dalam pentadbiran kerajaan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori