Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Kes Letupan Bom Gua...

SEORANG lelaki berusia 27 tahun dipercayai suspek dalam kes letupan pada motosikal yang menyebabkan...

Merdeka 118, Menara Kedua...

KUALA LUMPUR - Malaysia akan mencatat satu lagi rekod dunia apabila menara mega Merdeka 118 akan siap sepenuhnya pada suku ketiga tahun depan dengan ketinggian 700 meter dari paras laut.

Bank Dunia Naikkan Unjuran...

KUALA LUMPUR - Bank Dunia menyemak naik unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar...

4 Warga Bangladesh Didakwa...

KUALA LUMPUR - Empat lelaki warga Bangladesh dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini,...

Bayi Lima Bulan Maut, Bapa Parah Kemalangan Di Setiu

SETIU – Seorang bayi perempuan berusia lima bulan maut manakala bapanya cedera parah setelah kereta yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di KM41 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu berhampiran Kampung Sungai Tong di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 10.10 pagi itu, Nurul Akma Azmi meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepalanya manakala bapanya Azmi Mat, 47, cedera parah di kaki kanannya selain dua lagi anggota keluarga mereka cedera ringan.

Kereta yang dipandu Azmi dikatakan bertembung dengan sebuah lagi kereta yang dipandu Muhammad Amirullah Ramlan, 21, dari arah Kuala Terengganu.

Muhammad Amirullah cedera parah pada kaki kanannya selain patah tulang rusuk manakala enam lagi anggota keluarganya cedera ringan.


Pemangku Ketua Polis Daerah Setiu DSP Idris Mohamad ketika dihubungi Bernama hari ini, mengesahkan kejadian itu.

Beliau berkata mayat Nurul Akma dibawa ke Hospital Setiu untuk dibedah siasat dan kesemua mangsa lain turut dirawat di hospital itu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori