BEN Q merupakan salah satu syarikat gergasi yang menjadi pesaing kepada Samsung.
Pada tahun lepas, mereka telah menawarkan beberapa barangan elektronik dengah harga mampu milik, menjadikan Ben Q sentiasa mempunyai pelanggan buat semua kategori lapisan masyarakat
Baru-baru ini, mereka mengumumkan mengumumkan ketibaan siri monitor baru yang disasarkan khusus untuk pemain video tegar, iaitu BenQ XR3501.
Siri XR membariskan produk khusus untuk pemain video tegar dengan spesifikasi yang dipertingkat, berbanding siri XL untuk pemain games biasa.
Monitor BenQ XR3501 adalah monitor gaming melengkung pertama di dunia bersaiz 35-inci.
Ia mempunyai sudut melengkung yang agak dalam iaitu 2000R serta kadar refresh tertinggi, pada 144Hz.
Ini pasti memacu minat pemain video terbaru seperti Project CARS, Witcher III, Battlefield 4 dan Grand Theft Auto V, yang pasti membawa kesemua games ini ke tahap berbeza dengan monitor BenQ XR3501.
Monitor BenQ XR3501 menggunakan panel VA, dengan nisbah kontras yang lebih tinggi berbanding panel TN atau IPS.
Dengan menggunakan nisbah paparan 21:9 untuk paparan yang lebih lebar, resolusi setinggi 2560×1080 pula memastikan paparan sentiasa tajam dan jelas, penting untuk membezakan kawan dan lawan di dalam permainan.
Selain ini, BenQ turut melengkapkan monitor XR3501 dengan teknologi terbaik BenQ seperti BlackeQualizer untuk mencerahkan paparan yang gelap tanpa terlebih pendedahan.
20-tahap Color Vibrance untuk memberi lebih kawalan paparan kepada pengguna dan Mod Game eksklusif yang ditetapkan berdasarkan pengguna profesional.
Monitor lengkung BenQ XR3501 akan mula berada di pasaran Malaysia bermula Julai 2015, pada harga yang disyorkan RM3,999.00 sahaja. – MYNEWSHUB.CC
Sumber: Slashgear
Oleh: hzq